Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 4/2016

 04 April 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 4/2016 akan dijalankan pada 4 April 2016, 7.30 pagi di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. Sehubungan itu, kakitangan yang telah dipilih mewakili Jabatan DIWAJIBKAN hadir dan perlu membawa bersama Mykad untuk tujuan pendaftaran. Pegawai TIDAK DIBENARKAN meningggalkan Majlis sehingga YAB Ketua Menteri Melaka selesai bersalaman dengan ketua-Ketua Jabatan.

Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2016

 01 April 2016
Perhimpunan Bulanan JPBD, Bil 3/2016 akan dijalankan pada 1 April 2016, 3.00 petang. Semua kakitangan dijemput hadir.

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

 01 April 2016  09 April 2016
JPBD Semenanjung Malaysia akan menganjurkan satu program pertandingan Tilawah Al-Quran di peringkat JPBD Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, satu sesi saringan akan diadakan diperingkat JPBD Melaka bagi memilih Qari dan Qariah untuk menjadi wakil JPBD Melaka ke pertandingan tersebut. Sesi saringan dan bacaan Al-Quran akan diadakan pada 8 April 2016.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Laman Web Jabatan Bil. 1/2016 dan Sesi Final Acceptance Test (FAT) Bagi Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Melaka

 13 April 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 13 April 2016 (Rabu), masa 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka.

Mesyuarat Penyelarasan "City Image Of Alor Gajah"

 14 April 2016
Jabatan dalam proses menghasilkan buku "City Image Of Alor Gajah" pada tahun 2016. Bagi memastikan kelancaran penghasilan buku tersebut, satu mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut akan dijalankan.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk KSSK, JPBD Melaka (2013) Bil.1/2016

 19 April 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 19 April 2016 (Selasa), masa 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Jebat. Kerjasama dan kehadiran semua ahli terlibat amatlah diharapkan.

Mesyuarat ICT Jabatan Bil. 1/2016

 29 April 2016  30 April 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 13 April 2016 (RABU), Masa : 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka. Kehadiran semua ahli jawatankuasa adalah amat diharapkan.

Jadual Bertugas Kaunter Khidmat Nasihat Bulan April 2016

 02 April 2016  30 April 2016
Semua pegawai yang bertugas pada tarikh yang ditetapkan diminta berada di pejabat sepanjang masa. Sekiranya pegawai menghadiri mesyuarat atau bercuti, pegawai pengganti perlu disediakan.

Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)- Bengkel Pengemaskinian dan Verifikasi Data I-Plan Negeri Melaka Bil.1/2016

 10 Mei 2016  11 Mei 2016
Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)- Bengkel Pengemaskinian dan Verifikasi Data I-Plan Negeri Melaka Bil.1/2016 -Data Jan - Jun 2016 - Data Julai - Disember 2015 Telah dijadual pada 10-11 Mei 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan

Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016

 26 Mei 2016
Seminar Sebaran Dasar Perancangan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016. Bertempat di Novotel, Melaka. Sila muat-turun borang penyertaan dari laman web ini di pautan http://www.jpbdmelaka.gov.my/2/page.php?id=446. Kehadiran amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.