PERKHIDMATAN  RANCANGAN PEMAJUAN

BANDAR WARISAN DUNIA

Melaka dan George Town telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia yang pertama dan kedua dalam kategori tapak budaya. Ciri-ciri budaya dan alam binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil dari sejarahnya yang gemilang di mana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat.

 

Penyenaraian Melaka dan George Town berdasarkan kriteria yang digariskan para 77 ‘Operational Guideline for Implementation’ oleh Persidangan Warisan Dunia. (World Heritage Convention)‏ Pencalonan Melaka sebagai ‘Historic Cities Of The Straits of Malacca: Melaka and George Town’ bertepatan dengan Nilai Keunggulan Sejagat dan kriteria-kriteria berikut:-

 

  • Kriteria I - Ciri-ciri bandar yang hidup dihuni oleh masyarakat pelbagai budaya yang terhasil daripada pengaruh luaran sejak 1400an hingga sekarang. Ia menunjukan perubahan pada bentuk dan bandar di Malaysia yang masyarakatnya dan budayanya berkembang di Bandar Melaka Bersejarah ini.
  • Kriteria II - “Menonjolkan kepentingan perubahan dalam nilai kemanusiaan, dalam sesuatu jangkamasa atau di dalam ruang lingkup budaya sedunia, dalam perkembangan seni bina atau teknologi, kesenian monumen, perancangan bandar dan rekabentuk landskap.
  • Kriteria III - ‘mengandungi keunikan atau pengaruh yang kuat terhadap tradisi budaya atau mempengaruhi peradaban yang masih kekal atau yang telah hilang’
  • Kriteria IV - ‘menjadi contoh yang baik terhadap jenis-jenis bangunan, mengemukakan gaya senibina dan perkembangan teknologi atau lanskap yang menonjolkan peringkat signifikan dalam sejarah manusia’.

 

RANCANGAN KAWASAN KHAS : PELAN PENGURUSAN TAPAK WARISAN DUNIA (TWD) MELAKA

Keperluan RKK Pelan Pengurusan Tapak Warisan Dunia (TWD)

Penyediaan dokumen ini adalah selaras dengan kehendak Jawatankuasa Warisan Dunia pada mesyuarat yang telah diadakan di Seville, Sepanyol. Ia terletak dibawah syarat-syarat am Jawatankuasa Warisan Dunia.

 

Penyediaan Pelan Pengurusan dan Pemuliharaan yang perlu dijadikan dokumen Statutori adalah melalui peruntukan seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu Pemuliharaan atau amalam Pengurusan melalui Rancangan Kawasan Khas.

RANCANGAN PEMAJUAN     RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)     RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN)     RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)     RANCANGAN TEMPATAN (RT)     PELAN TINDAKAN KHAS (PTK)    BANDAR WARISAN DUNIA   PEWARTAAN 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 28-07-2017 :: 07:17 PM