PERKHIDMATAN

LEMBAGA RAYUAN

LEMBAGA RAYUAN Negeri Melaka wujud berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 36, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172). Penubuhan Lembaga Rayuan Negeri Melaka telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang telah bersidang pada 18 Februari 2004 melalui Risalat MMKN 15B/5/2004 dan disahkan pada 25 Februari 2004.

FUNGSI 

Lembaga Rayuan berfungsi untuk memberikan peluang kepada sesorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hari dengan keputusan Kebenaran Merancang [Subseksyen 22(3)] yang diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dipertimbangkan semula keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan, dimana :

  • Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent Body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian antara Perayu dan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya yang terlibat dengan keputusan Kebenaran Merancang samada perayu tersebut sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna yang merasa terkilan
  • Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal yang bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes yang dinyatakan dibawah Akta 172, Akta Perancangan Banda dan Desa 1976.

KAEDAH

Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Melaka) telah diwartakan pada 11 mac 2004 dan tarikh berkuatkuasa pada 11 Mei 2004. Lembaga Rayuan Negeri Melaka secara rasminya ditubuhkan pada 27 Julai 2005.


PENGERUSI 

Subseksyen 36(2) Akta 172 memperuntukkan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Perancangan hendaklah terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam bidang kehakiman dan perancangan termasuklah peguam bela atau peguam cara atau kelatakan dan pengalaman lain yang sesuai. Walaubagaimanapun terdapat cadangan pindaan Akta 172 tahun 20156 iaitu penambahan bagi kelayakan bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaha Rayuan iaitu orang yang berpengalaman dalam bidang perancangan bandar dan desa.


AHLI 

Ahli Lembaga Rayuan Negeri Melaka yang dilantik akan berkhidmat selama 3 tahun, bagi sesi 2015-2018 iaitu bermula dari 9 Arpril 2015. Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli dan Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Melaka adalah seperti berikut :-

JAWATAN
NAMA
Pengerusi :
YBhg Dato' Hamisah binti Arifin
Timbalan Pengerusi :
YBhg Datuk Hj. Mohd Latip bin Sarrugi
Ahli-Ahli
 
 
 
 
 
 
 
 
YBhg. Datuk Prof Dr. Mizan bin Hitam
En. Tony Khoo Heng Peng
En. Anthony Louis Taye
Ir. Mohd Salleh bin Mohd Yunos
En. Mohd En. Mohd Zam bin Mohd Zin
Pendaftar :
En. Haris bin Arifin


PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DIRAYU 

PERKARA
SEKSYEN
Rayuan Terhadap Kebenaran Merancang
Rayuan boleh dilakukan sekiranya berlaku rasa tidak puas hati atau terkilan dengan keengganan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi Kebenaran Merancang atau syarat-syarat yang dikenakan dalam sesuatu Kebenaran Merancang.
 
Rayuan oleh pemilik tanah berjiran yang telah membantah di bawah Seksyen 21(6) berhubung permohonan untuk Kebenaran Merancang.
[Seksyen 23(1)(a) & (b)]
(Borang A Jadual II) - Akta 172
Amaun Pampasan
Jika seseorang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya, ia boleh merayu kepada Lembaga Rayuan untuk menaksir semula amaun tersebut.
[Seksyen 25(9)]
(Borang B Jadual II - Akta 172
Notis Permintaan
Bagi seseorang yagn terkilan dengan sesuatu notis permintaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT); Meminta supaya dihentikan penggunaan itu; atau Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu; atau Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu;
[Seksyen 30(2)]
(Borang C Jadual II) - Akta 172

Pampasan Notis Permintaan
Sekiranya seseorang tidak berpuashati dengan jumlah amaun pampasan yang telah diberikan kepadanya daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT); berbanding dengan jumlah kerosakan atau menyebabkan susut nilai ke atas tanah, ia boleh merayu untuk menimbangkannya semula

[Seksyen 30(7)] 
(Borang B Jadual II) - Akta 172

Perintah Pemeliharaan Pokok
Sekiranya seseorang tidak berpuas hati dengan ;

  1. Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok;
  2. Mana-mana peruntukan dalam suatu Perintah Pemeliharaan Pokok;
    1. Penolakan pemberian kebenaran bertulis ; atau
    2. Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suaru kebenaran bertulis; di bawah perenggan (a) Seksyen 35A(2) ; atau
  3. Suatu Perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) Seksyen 35A(2); boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh Perintah Pemeliharaan Pokok dikeluarkan.
[Seksyen 35c]
(Borang D Jadual II) - Akta A933 (Pindaan)
Pampasan Perintah Pemeliharaan Pokok
Peruntukan bagi membuat tuntutan pampasan kepada PIhak Berkuasa Perancang Temparan (PBPT) daripada seseorang yang telah mebuktikan bahawa pihaknya mengalami kerugian dan berlakunya susut nilai ke atas tanahnya akibat daripada mematuhi seksyen 35c (a) hingga (d)
[Seksyen 35D]
(Borang B Jadual II) - Akta A933 (Pindaan)
Penggantian Pokok
Sekiranya perintah untuk penggantian pokok telah dikeluarkan kepada sesorang yang didapati bersalah kerana menebang pokok yang mempunyai Perintah Pemeliharaan Pokok; jika timbul rasa terkilan dengan arahan , orang tersebut boleh merayu untuk mengenepikan arahan atau melanjutkan tempoh penggantian penanaman semula pokok
[Seksyen 35E}
(Borang E Jadual II) - Akta A933 (Pindaan)

 

Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian keputusan atau perintah kepada pemohon oleh Pihak Berkuasa Tempatan

PERKHIDMATAN     PERUNDANGAN     GARIS PANDUAN    LEMBAGA RAYUAN   PERMOHONAN RUMAH     MAKLUMAT GUNATANAH     RANCANGAN PEMAJUAN     PEMBANGUNAN MAMPAN     KAWALAN PERANCANGAN     PELAN PEMBANGUNAN FIZIKAL     PEWARTAAN KAWASAN LAPANG     JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI     JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA     URUSETIA PERMOHONAN PERUNDINGAN PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH SEKSYEN 20A 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 09-05-2017 :: 10:25 PM