PERKHIDMATAN

MAKLUMAT GUNATANAH

dronUnit Maklumat Gunatanah Negeri merupakan unit yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan data spatial dan non-spatial. GIS membawa maksud kepada Geographic Information System iaitu sistem maklumat yang berupaya untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data spatial. Komponen-komponen GIS terdiri daripada 5 perkara iaitu Personel, Perisian, Perkakasan, Data dan Kaedah. Secara umumnya data GIS dibahagikan kepada spatial dan non-spatial. 

Data spatial boleh dibahagikan kepada bentuk raster dan vektor.Data vektor boleh diperolehi dengan cara ukuran di lapangan atau melalui proses membangunan data peta menggunakan perisan tertentu. Juga seperti data vektor, data raster diperolehi secara terus melalui proses cerapan dilapangan seperti melalui kaedah fotoudara dan remote sensing. Data non-spatial pula terdiri daripada sumber data berbentuk jadual/atribut yang terdiri daripada pelbagai format data sama ada berbentuk cetakan (hardcopy) atau digital. Data-data mengandungi senarai maklumat seperti maklumat hartanah, penilaian, banci penduduk, pendidikan dan lain-lain. Data-data ini disimpan dan diuruskan dengan menggunakan teknologi perisian pangkalan data seperti ORACLE, SYBASE, ACCESS, MYSQL dan sebagainya. GIS berupaya untuk mengabungkan kedua-dua bentuk data spatial dan non-spatial ini untuk menghasilkan sebuah pangkalan data yang lebih baik terperinci dan mudah difahami.


Aplikasi MeLGIS (Melaka Geographic Information System) adalah merupakan satu inisiatif PLANMalaysia@Melaka bagi memastikan sistem penyampaian berkualiti yang berteraskan perancangan jangka panjang di dalam perkhidmatan perancangan Bandar. Aplikasi ini selars dengan hasrat menjayakan salah satu strategik ICT diperingkat Negeri Melaka serta orang awam boleh mengakses data geospatial dalam satu aplikasi yang sama secara atas talian (online). Satu Majlis Pelancaran MeLGIS telah diadaan pada 26/5/2016 di Hotel Novotel, Melaka sempena hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar.

 

PLANMalaysia@Melaka juga telah melebarkan sayap kepada penggunaan UNMANNED ARIEAL VEHICLE (UAV) pesawat udara tanpa pemandu bagi menyokong keperluan Imej Resolusi Tinggi di Melaka khususnya dalam bidang pemetaan dan perancangan gunatanah oleh pihak Kerajaan Negeri. Sistem UAV boleh digunakan bukan sahaja untuk pemetaan berskala besar tetapi ia juga boleh digunakan untuk penyelidikan saintifik dan menghasilkan ketepatan yang baik. Sistem UAV mempunyai potensi besar untuk digunakan sebagai aplikasi pelbagai, pemerolehan data yang cepat, kos rendah dan menghasilkan keputusan yang tepat.

 

Selain itu, data dan maklumat GIS Guna Tanah Negeri Melaka juga boleh diperolehi dalam bentuk Pelan Pemetaan dan Data Digital di JPBD Melaka. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, anda bolehlah menulis surat secara rasmi kepada :-

Pengarah,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
Aras 5, Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450, Ayer Keroh, Melaka

 

 

Harga Pelan Pemetaan adalah seperti berikut:

Pelan Pemetaan
Pelan Berwarna
Pelan Tidak Berwarna
Saiz Pelan
Harga (RM)
Saiz Pelan
Harga (RM)
A4
25.00
A4
10.00
A3
50.00
A3
25.00
A2
75.00
A2
35.00
A1
100.00
A1
50.00
A0
150.00
A0
70.00

 

Kadar Caj Data Spatial Digital adalah seperti berikut:

Kapasiti Data Harga (RM)
100KB pertama dan ke bawah
50.00
101KB - 300KB seterusnya
1000.00
301KB - 500KB seterusnya
200.00
501KB - 700KB seterusnya
300.00
701KB - 999KB seterusnya
400.00
1,000KB - 2,000KB seterusnya
500.00

 

Nota : Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pn. Marzaedah binti Mat Jin di talian 06-333 3333 samb: 5155

Muat-Turun Laporan Gunatanah Negeri Melaka :-

Keterangan
Laporan Guna Tanah Tahun 2015
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
PERKHIDMATAN     PERUNDANGAN     GARIS PANDUAN     LEMBAGA RAYUAN     PERMOHONAN RUMAH    MAKLUMAT GUNATANAH   RANCANGAN PEMAJUAN     PEMBANGUNAN MAMPAN     KAWALAN PERANCANGAN     PELAN PEMBANGUNAN FIZIKAL     PEWARTAAN KAWASAN LAPANG     JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI     JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA     URUSETIA PERMOHONAN PERUNDINGAN PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH SEKSYEN 20A 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 01-08-2017 :: 03:48 PM