PERKHIDMATAN  GARIS PANDUAN

PIAWAIAN PERANCANGAN

Kerajaan Negeri Melaka telah menerimapakai beberapa garis panduan dan piawaian perancangan yang telah disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebagai panduan kepada pihak tertentu untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam perancangan bandar

 

Pengenalan

Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi panduan yang menjadi rujukan dalam meluluskan pembangunan. Ianya digunakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dalam mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah. Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

 

Apa Faedahnya Mengetahui Garis Panduan dan Piawaian Perancangan ini? Bila masa ia Digunakan?

Perancangan dan pembangunan yang dimajukan akan digunakan oleh pihak awam, oleh itu pihak awam perlu sedar hak dan apa yang berlaku di kawasan petempatan mereka. Membantu bagi menyedarkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBPT mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip perancangan. Mampu memberikan komen dan pendapat mengenai sistem petempatan yang lebih baik kepada PBPT.

 

Apa Kepentingan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan?

Sekiranya tiada garis panduan dan kawalan terhadap pembangunan bandar, akan berlaku masalah-masalah perbandaran yang lebih serius. Akibat tiada perancangan dan kawalan, wujud kawasan sesak seperti di kawasan setinggan.

 

Kebaikan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

  • Penyediaan susun atur, reka bentuk bangunan serta kemudahan asas dan awam dapat diselaraskan untuk mencapai proses perancangan yang lebih berkesan.

  • Boleh mengelakkan daripada percanggahan guna tanah atau bangunan melalui pemakaian piawaian ketumpatan penduduk dan bangunan.

  • Dapat membantu mewujudkan alam persekitaran yang selesa untuk difahami.

 

Panduan Perancangan (Semakan Semula)

Sejak 1997 hingga 2005, sejumlah 41 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. Pada tahun 2008, Jabatan telah memutuskan agar kesemua garis panduan tersebut dikajisemula kandungan dan format penulisannya agar lebih mesra pengguna untuk digunakan. Dalam proses kajian semula kesemua garis panduan tersebut telah diteliti dan beberapa garis panduan telah digabungkan dan dijumudkan.

Pembahagian garis panduan dijelaskan seperti jadual berikut:

 

BIL GARIS PANDUAN SEDIA ADA BIL. GARIS PANDUAN SEMAKAN SEMULA

1

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat

1

Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat

2

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (Edisi Kedua)

3

Garis Panduan Perancangan Perumahan Berbilang Tingkat

2

GPP Perumahan

4

Garis Panduan Perancangan Perumahan Pekerja Kilang

5

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Perumahan Kos Sederhana Satu dan Dua Tingkat

6

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kos Sederhana Rumah Pangsa

7

Garis Panduan Perancangan Susun Atur Yang Optima bagi Kawasan Perumahan

8

Piawaian Perancangan Kawasan Perindustrian

3

GPP Perindustrian

9

Garis Panduan Perancangan dan Piawaian Perancangan Taman Industri Teknologi Tinggi dan Rumah Pekerja

10

Piawaian Perancangan Kawasan Perdagangan

4

GPP Kawasan Perdagangan

11

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Hypermarket

Digabungkan ke dalam GPP Perdagangan

12

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Café Terbuka

Digabungkan ke dalam GPP Perdagangan

13

Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat

5

GPP Kemudahan Masyarakat

 

14

Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi

6

GPP Tanah Lapang dan Rekreasi

15

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi (Bahagian II)

16

Garis Panduan Perancangan Kawasan Kolam Takungan Sebagai Sebahagian Tanah Lapang Awam

17

Garis Panduan Perancangan Kawasan Rizab Sungai Sebagai Sebahagian Tanah Lapang Awam

18

Piawaian Perancangan Tapak Pencawang Elektrik

7

GPP Tapak Infrastruktur dan Utiliti

            i.        GPP Laluan Kemudahan Utiliti

19

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Tapak Incinerator

20

Garis Panduan Perancangan Kemudahan Pembetungan

21

Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (Service Protocol)

22

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kawasan Tasik

8

GPP Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)

 

i.       GPP Kawasan Pesisiran Pantai

ii.      GPP Kawasan Dataran Banjir, Tanah 
         Lembab dan Bekas Lombong, Tasik dan   
         Sungai

iii.     GPP Kawasan Tadahan Air dan Sumber Air  
         Tanah

iv.     GPP Kawasan Simpanan Mineral dan 
         Bencana Geologi

v.      GPP Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan 
         Sisa Pepejal dan Sisa Toksid

vi.     GPP Kawasan Pertanian Makanan

vii.    GPP Kawasan Warisan Semulajadi dan 
         Antikuiti

viii.   GPP Kawasan Rezab Hidupan Liar

ix.     GPP Kawasan Hutan Simpan Kekal

x.      GPP Pembangunan di  Kawasan Bukit dan

         Tanah Tinggi

23

Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Pesisir Pantai

24

Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Pantai (Bahagian II)

25

Garis Panduan Perancangan Tapak Pelupusan Sisa Toksid dan Sisa Pepejal

26

Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topografi Semula Jadi Dalam Perancangan dan Pembangunan Fizikal Mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

27

Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Perancangan Tempat Ibadat Islam

9

GPP GP Masjid dan Surau

10

GPP GP Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara

28

Garis Panduan Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam

11

GPP Tanah Perkuburan dan Krematorium

29

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Tempat Letak Kereta

12

GPP Tempat Letak Kereta

30

Garis Panduan dan Piawaian Tempat letak Kereta Bertingkat

31

Piawaian Perancangan Fizikal Pulau-pulau

13

GPP Pulau-pulau dan Taman Laut

32

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Taman Tema (Theme Park)

14

GPP Taman Tema

33

Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Taman Awam dan Rekreasi Bertema

34

Piawaian Perancangan Pembangunan Taman Atas Bumbung

15

GPP Taman Atas Bumbung

35

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Kemudahan Golongan Kurang Upaya

16

GPP Rekabentuk Sejagat

36

Piawaian Perancangan Berkaitan Penyediaan Kemudahan Asas dan Fizikal Berkaitan Program Rakan Muda

 

Dijumudkan

37

Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Rekabentuk Imej Bandar

 

Semakan semula di dalam garis panduan baru (Garis Panduan Rekabentuk Bandar )

38

Piawaian Perancangan dan Pembangunan Padang Golf

17

GPP Padang Golf

39

Piawaian Perancangan ‘Guidelines and Geometric Standards on Road Network System’

 

Dijumudkan

40

Piawaian Perancangan Pembangunan Ternakan Khinzir

 

Dijumudkan

41

Garis Panduan dan Manual Penggunaan Petunjuk Bandar Malaysia (MURNinet

 

Manual berasingan

 

Sumber dari Portal Rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia http://www.townplan.gov.my 

 

CD Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Melaka boleh dibeli di kaunter JPBD Melaka dengan harga RM40

GARIS PANDUAN    PIAWAIAN PERANCANGAN   REPOSITORI 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 30-03-2017 :: 11:04 AM