PERKHIDMATAN  RANCANGAN PEMAJUAN

RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)

Rancangan Kawasan Khas (RKK)   merupakan satu rancangan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Penyediaan RKK ini adalah bertujuan untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi, untuk memulihara atau juga untuk tujuan pengurusan sesebuah kawasan.Pindaan terbaru Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 iaitu Akta A 1129  telah memperuntukkan keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dinyatakan di seksyen 16B(1)(2)(3). Rancangan ini merupakan rancangan terperinci yang bercorak tempatan yang disediakan khusus untuk kawasan yang mempunyai kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

Penyediaan RKK ini juga membolehkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan  bagi tujuansama ada untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi atau memelihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan. Tambahan pula, RKK juga mempunyai kuatkuasa seperti mana Rancangan Tempatan.
RANCANGAN PEMAJUAN     RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)     RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN)    RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK)   RANCANGAN TEMPATAN (RT)     BANDAR WARISAN DUNIA     PEWARTAAN 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 12-05-2017 :: 03:12 PM