GALERI  KERJAYA

JAWATAN KOSONG

Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM2,360.00 RM8,743.00 RM225.00

 

Syarat Lantikan:

  1. Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,360.00 ] atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancang bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,774.842 ] atau
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,567.28 ] atau
  4. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta ijazah sarjana atau Diploma Lepas Ijazah dalam bidang Perancang Bandar atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,360.00 ] dan
  5. Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL): 

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas:

  • Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

 

Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,751.00 RM5,121.00 RM145.00

 

Syarat Lantikan:

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknikpoliteknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [ Gaji Permulaan: RM1,417.59 ]; atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,826.02 ]
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan=

 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL): 

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • Kelayakan
    • Mempunyai kelayakan seperti dalam perenggan 1 di atas; atau
    • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had umur pelantikan
    • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau iii.
    • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

 

Deskripsi Tugas:

  • Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

 

Sebarang permohonan jawatan kosong, sila ke http://www.spa.gov.my  

KERJAYA    JAWATAN KOSONG

Tarikh Akhir Kemaskini :: 10-11-2016 :: 12:23 AM