PERKHIDMATAN  PERMOHONAN RUMAH

KOS MAMPU MILIK


 

 

 

 

 

 

Syarat-syarat Kelayakan Bagi Pemohon Rumah Mampu Milik Negeri Melaka

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan Seisi Rumah Tidak Melebihi RM5,000.00 Sebulan.
  3. Berkahwin (Jika Pemohon Bujang berumur 20 tahun ke atas)

 

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Melaka

1.   Menggunakan Borang Permohonan Mampu Milik yang boleh didapati dengan PERCUMA di :-

  • Kaunter Lembaga Perumahan Melaka, Aras 10, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Ayer Keroh, Melaka ATAU;
  • Kaunter Lembaga Perumahan Melaka, Bangunan UTC, Tingkat 5, Jalan Hang Tuah, Melaka

2.   Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen seperti yang berikut :-

  • 1 Keping Gambar berukuran passport.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan Suami Atau Isteri.
  • 1 Salinan Sijil Nikah Atau Surat Pendaftaran Perkahwinan (Jika Berkenaan).
  • 1 Salinan Sijil Cerai Atau Sijil Kematian (Jika Berkenaan).
  • 1 Salinan Bukti Pendapatan Pemohon yang terbaru/terkini (Slip Gaji/ Perakuan Majikan/Borang J dan Cukai Pendapatan)

 

Bayaran Proses Rumah Mampu Milik Negeri Melaka

1.         Bayaran proses sebanyak RM10.00 akan dikenakan selepas borang permohonan di terima oleh pihak LPM

 

Maklumat ini diambil dari Laman Web Rasmi Lembaga Perumahan Melaka. Untuk maklumat lanjut sila layari http://lpnm.gov.my

PERMOHONAN RUMAH     KOS RENDAH    KOS MAMPU MILIK   PENJAWAT AWAM     MAKLUMAT PERUMAHAN 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-11-2016 :: 03:07 AM