PERKHIDMATAN  PERMOHONAN RUMAH

PENJAWAT AWAM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syarat-syarat Kelayakan Bagi Pemohon Rumah Penjawat Awam Negeri Melaka

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah anggota Perkhidmatan Awam atau Badan-Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan Badan-Badan Berkanun Negeri (BBN) termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Pemohon mestilah berumur 20 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama
  • Permohonan terbuka kepada semua Gred Jawatan dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM8,000.00
  • Harga jualan antara RM90,000.00 hingga RM300,000.00 seunit. Jenis rumah Pangsapuri dan Teres dengan keluasan lantai di antara 850 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.
  • Pembiayaan Perumahan melalui Bahagian Pinjaman Perumahan
  • Sebarang penjualan dan pindahmilik tidak dibenarkan di dalam tempoh 10 tahun kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

 

Cara Permohonan Rumah Penjawat Awam Negeri Melaka

1. Menggunakan Borang Permohonan Kos Rendah yang boleh didapati dengan PERCUMA di :-

  • Kaunter Lembaga Perumahan Melaka, Aras 10, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Ayer Keroh, MelakaATAU;
  • Kaunter Lembaga Perumahan Melaka, Bangunan UTC, Tingkat 5, Jalan Hang Tuah, Melaka

2.  Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen seperti yang berikut :-

  • 1 Keping Gambar berukuran passport.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan Suami Atau Isteri.
  • 1 Salinan Sijil Nikah Atau Surat Pendaftaran Perkahwinan (Jika Berkenaan).
  • 1 Salinan Sijil Cerai Atau Sijil Kematian (Jika Berkenaan).
  • 1 Salinan Slip Gaji (TERKINI) Atau Surat Akuan Pendapatan (suami & isteri) – Disahkan benar oleh Majikan / JKKK

 

Maklumat ini diambil dari Laman Web Rasmi Lembaga Perumahan Melaka. Untuk maklumat lanjut sila layari http://lpnm.gov.my & https://www.ppa1m.gov.my/

PERMOHONAN RUMAH     KOS RENDAH     KOS MAMPU MILIK    PENJAWAT AWAM   MAKLUMAT PERUMAHAN 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-11-2016 :: 03:14 AM