PERKHIDMATAN

PELAN PEMBANGUNAN FIZIKAL

Objektif

  • Menghasilkan Pelan-pelan Projek Khas yang memenuhi kehendak pelanggan, selaras dengan dasar kerajaan negeri dan mematuhi garis panduan serta piawaian perancangan.
  • Menjadi pakar rujuk kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat di dalam melaksanakan pelan-pelan projek khas oleh kerajaan negeri.
  • Memantau kemajuan projek-projek utama kerajaan negeri


Piagam Pelanggan

  • Menyediakan Pelan Projek Khas dalam tempoh 60 hari.

Definisi Projek

Projek Khas

Projek Khas merujuk kepada cadangan pembangunan bagi sesuatu kawasan atau tapak yang telah dikenalpasti oleh pihak Kerajaan Negeri atau agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Pelan Susunatur

Pelan yang menunjukkan cara mana suatu tanah dicadangkan untuk dibahagi atau dipecahkan ataupun dicantumkan bagi tujuan:

  • Pembangunan Rumah Kediaman.
  • Pembangunan Komersil
  • Pembangunan Industri
  • Pembangunan Bercampur
  • Pembangunan Pertanian
  • Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi
  • Membelah bahagi mengikut hak bahagian masing-masing

Pelan Konsep

Pelan yang menunjukkan konsep cadangan komponen-kompenen gunatanah bagi jenis pembangunan.

Pelan Maklumat Tanah

Pelan yang menunjukkan maklumat sediada di atas dan sekitar tapak cadangan.

Pelan Pembangunan Komited

Pelan yang menunjukkan maklumat pembangunan yang telah diluluskan di atas dan sekitar tapak cadangan

 

PERKHIDMATAN     PERUNDANGAN     GARIS PANDUAN     LEMBAGA RAYUAN     PERMOHONAN RUMAH     MAKLUMAT GUNATANAH     RANCANGAN PEMAJUAN     PEMBANGUNAN MAMPAN     KAWALAN PERANCANGAN    PELAN PEMBANGUNAN FIZIKAL   PEWARTAAN KAWASAN LAPANG     JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI     JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA     URUSETIA PERMOHONAN PERUNDINGAN PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH SEKSYEN 20A 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 05-10-2017 :: 04:31 PM