PERKHIDMATAN

JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang bersidang pada 24 Mei 2010 Bil.02/2010 telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tanah Tinggi Negeri Melaka. Penubuhan Jawatankuasa ini adalah sebagai pemudah cara bagi mempertimbangkan permohonan-permohonan yang melibatkan pembangunan di kawasan kelas III.

Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTKSAS) :-

  • Membuat keputusan/nasihat mengenai had pembangunan yang boleh dilaksanakan
  • Menilai pelan susunatur,Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Pelan kerja tanah, Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis kestabilan cerun, Laporan Saliran dan Pengairan, Laporan Penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) dan lain-lain laporan yang berkaitan permohonan yang melibatkan kawasan berkecerunan kelas III dan IV
  • Mengadakan lawatan tapak bagi menilai permohonan
  • Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah tinggi kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri
  • Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan
  • Pelaporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Ekspress dan Jawatankuasa Perancang Negeri setiap bulan atau berdasarkan semasa arahan Jawatankuasa (JTKSAS)

 

Carta alir permohonan Jawatankuasa Tanah Tinggi

Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada :

Urusetia (Unit Projek Khas dan Inovasi)
Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar  Negeri Melaka ,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Aras 5, Wisma Negeri,
75450, Ayer Keroh, Melaka
No. Tel    : 06 3333333
No. Faks : 06 2323443

Keterangan
SENARAI SEMAK JKSAS.pdf
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
PERKHIDMATAN     PERUNDANGAN     GARIS PANDUAN     LEMBAGA RAYUAN     PERMOHONAN RUMAH     MAKLUMAT GUNATANAH     RANCANGAN PEMAJUAN     PEMBANGUNAN MAMPAN     KAWALAN PERANCANGAN     PELAN PEMBANGUNAN FIZIKAL     PEWARTAAN KAWASAN LAPANG     JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI    JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA   URUSETIA PERMOHONAN PERUNDINGAN PROJEK PEMBANGUNAN DI BAWAH SEKSYEN 20A 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 07-08-2017 :: 04:33 PM