PERKHIDMATAN  GARIS PANDUAN

KRONOLOGI GP

GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI MELAKA

TUJUAN

Mendapat pertimbangan Jawatankuasa Perancang Negeri terhadap Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Melaka hasil gabungan garis panduan-garis panduan yang telah diterbitkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia serta dasar-dasar yang diterimapakai mengikut kesesuaian bagi Negeri Melaka

 

 

LATAR BELAKANG

1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2015 telah menyediakan sebanyak 60 garis panduan perancangan di mana hampir keseluruhannya telah diangkat dan diluluskan serta diterimapakai di Negeri Melaka.

2. Garis panduan-garis panduan agensi kerajaan lain juga telah diambilkira di dalam penyediaan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan (GPPP) ini.

3. Beberapa pindaan telah dibuat berdasarkan kepada kesesuaian dan keperluan pembangunan semasa serta mengambilkira dasar-dasar negeri yang telah dirangka.

4. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Melaka mengambil inisiatif menggabung serta menyelaras semua dasar negeri sedia ada dan keperluan PBT serta Agensi Teknikal bagi menghasilkan SATU garis panduan perancangan untuk diterimapakai di Negeri Melaka.

KRONOLOGI PENYEDIAAN GPPP

Telah mengadakan beberapa sesi bengkel serta perbincangan yang melibatkan semua PBT dan agensi–agensi berkaitan di Negeri Melaka dalam penyediaan Laporan GPP tersebut seperti berikut :

 

Bengkel Siri 1 :

Sesi taklimat bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor bagi perkongsian pengalaman dalam penghasilan GPP Negeri Selangor;

 

Bengkel Siri 2 :

Perbincangan kumpulan mengikut subjek-subjek utama bagi membincangkan perincian garis panduan dan piawaian berkaitan.;

 

Bengkel Siri 3 :

Sesi Semakan Akhir bagi memuktamadkan GPP bersama PBT-PBT Negeri Melaka; dan

 

Bengkel Siri 4 :

Mesyuarat bagi memuktamadkan Draf Akhir GPP Negeri Melaka bersama PBT-PBT Negeri Melaka dan Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka

 

PENGUATKUASAAN MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN

Manual ini telah diangkat pertimbangan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Melaka Bil. 1/2016 pada 11 April 2016 untuk diterimapakai di Negeri Melaka dan telah diperakukan dalam  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka melalui Ringkasan Mesyuarat Bil. 20/2016 bertarikh 15 Jun 2016.

 

KANDUNGAN GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI MELAKA

Kandungan utama GPP ini dibahagikan kepada 5 subjek utama dalam sektor pembangunan iaitu Perumahan, Perniagaan, Perindustrian, Kemudahan Masyarakat sertaInfrastruktur dan Utiliti. 

BIL SUBJEK GARIS PANDUAN YANG DIRUJUK
  Perumahan
  • Perumahan Kos Rendah
  • Perumahan Mampu Milik
  • Perumahan Bebas
  • Perumahan Strata Bertanah
  Perniagaan
  • Kedai & Kedai Pejabat
  • Kompleks Perniagaan
    • Pasaraya
  • Bangunan Penginapan
  Perindustrian
  • Piawaian Umum Zon Perindustrian
  • Industri Sesebuah & Berkembar
  • Industri Teres
  Kemudahan  Masyarakat
  • Kemudahan Kesihatan
  • Kemudahan Pendidikan
  • Kemudahan Keagamaan
  • Kemudahan Keselamatan & Kecemasan
  • Kemudahan Komuniti
  • Kemudahan Rekreasi
  Infrastruktur dan Utiliti
  • Pengangkutan Lalulintas
  • Piawaian Perancangan Jalan
  • Tempat Letak  Kenderaan
  • Pencawang Elektrik
  • Sistem  Pembetungan

 

GARIS PANDUAN     PIAWAIAN PERANCANGAN    KRONOLOGI GP   REPOSITORI 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 19-10-2017 :: 03:18 PM