PENGUMUMAN

Terkini
 Senarai ini memaparkan semua Pengumuman termasuk yang sudah diarkibkan dan yang terkini

EXPLORACE sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka dan Hari Perancang Bandar Sedunia 2018

 01 Nov 2018 |  01 Nov 2018  23 Nov 2018
EXPLORACE sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka dan Hari Perancang Bandar Sedunia 2018 akan dijalankan pada 25 November 2018 (Ahad) jam 6.30 pagi. 20 hadiah menarik bakal menanti anda dengan tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000. Semua adalah dipelawa untuk menyertai. Tempat adalah terhad kepada 300 penyertaan sahaja.

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI MELAKA

 28 Sep 2018 |  28 Sep 2018  31 Dis 2018
Untuk makluman, CD RSN 2035 bole diperolehi di kaunter JPBD Melaka dengan harga RM50. Klik untuk muat-turun imej 

Tahniah PLANMalaysia@Melaka

 13 Jul 2018  Dipaparkan sepanjang masa
Tahniah PLANMalaysia@Melaka kerana telah berjaya menerima Anugerah Geospatial Kebangsaaan Kategori MyGDI  di Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaaan NGIS Ke-8

Polisi Penggunaan Emel Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

 01 Ogos 2018 |  15 Mac 2018  31 Dis 2018
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah mengeluarkan Polisi Emel Rasmi Kerajaan Negeri Melaka versi 1.7.

MeLGIS Version 2

 26 Dis 2017 |  26 Dis 2017  15 Jan 2018
Untuk makluman, Sistem Aplikasi MeLGIS naiktaraf version 2 telah dimuktamadkan pada 29/11/2017. Walaubagaimanapun, sistem ini masih di dalam tempoh 'trial run' dan pihak tuan/puan boleh memaklumkan kepada pentadbir sistem sekiranya terdapat sebarang masalah atau penambahbaikan kepada sistem. Kerjasama pihak tuan/puan amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih

Sebutharga Bagi Pembangunan Data UAV Melalui Sistem Aplikasi MeLGIS V2 PLANMalaysia@Melaka

 18 Apr 2017 |  18 Apr 2017  01 Mei 2017
Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa. Iklan sebutharga boleh didapatkan di Kaunter Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka, Aras 5, Wisma Negeri Melaka.

Kayuhan dan Larian PlanMalaysia Sempena Melaka Car Free Zone

 09 Apr 2017 |  29 Mac 2017  01 Apr 2017
Kayuhan dan Larian PlanMalaysia Sempena Melaka Car Free Zone di Tapak Warisan Dunia Bandar hilir, Melaka pada 9 April 2017. Semua dijemput menyertai program ini

Kuatkuasa Penggunaan PCRS

 28 Feb 2017 |  28 Feb 2017  01 Mei 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan jabatan telah memutuskan penggunaan Thumbprint berkuatkuasa pada 1 Mac 2017 (Rabu). Penggunaan Kad Perakam Waktu akan kekal bagi tempoh 2 bulan sebelum berkuatkuasa sepenuhnya pengguna PCRS tersebut. Sehubungan dengan itu, semua warga JPBD dikehendaki menggunakan thumbprint bermula dari 1 Mac 2017. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Garis Panduan Bagi Larangan Penggunaan Emel Rasmi Kerajaan

 21 Dis 2017 |  21 Dis 2017  31 Mac 2018
Perhatian kepada semua kakitangan PLANMalaysia@Melaka, dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah mengeluarkan Garis Panduan Bagi Larangan Penggunaan Emel Rasmi Kerajaan melalui Polisi Emel Rasmi Kerajaan Negeri Melaka versi 1.7. Dokumen ini boleh dimuat-turun melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. https://www.melaka.gov.my/ms/media/penerbitan/polisi-prosedur-pelan

Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2016

 01 Jan 2016 |  01 Jan 2016  01 Jan 2017
Berikut adalah jadual Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2016. Klik untuk maklumat lanjut .....

Tawaran Kekosongan Rumah Pangsa Balai Panjang

 27 Apr 2016 |  27 Apr 2016  31 Ogos 2016
Tawaran menarik kepada mereka yang masih belum memiliki rumah. Harga RM42,000.00. Jenis rumah pangsa 4 tingkat. Hubungi haril Azmi (Lembaga Perumahan Melaka) di talian 06-2320450

Senarai Rumah Pangsa Lereh

 27 Apr 2016 |  27 Apr 2016  31 Ogos 2016
Jika berminat sila hubungi Puan Noradiah di talian 06-2320450

Penyelenggaraan Sistem Aplikasi MeLGIS

 26 Nov 2018 |  26 Nov 2018  14 Dis 2018
Pelaksanaan penyelenggaraan Sistem Aplikasi MeLGIS sedang dilaksanakan dan berkemungkinan akan berlaku gangguan pada sistem tersebut pada masa ini. Pihak kami akan cuba meminimunkan gangguan sistem tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pentadbir Sistem iaitu Puan Marzaedah binti Mat Jin di talian 06-333 3333 samb 5155. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

KIT PENDAFTARAN EXPLORACE

 20 Nov 2018 |  20 Nov 2018  25 Nov 2018
KIT PENDAFTARAN boleh diambil pada ketentuan berikut :- Tarikh : 23.11.18 (Jumaat) Masa : 8.00 pg - 5.30 ptg Tempat: JPBD Melaka, Aras 5 Wisma Negeri Melaka Tarikh : 24.11.18(sabtu) Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg Tempat: JPBD Melaka, Aras 5 Wisma Negeri Melaka Manakala bagi peserta di luar Melaka yg tidak sempat ambil pada tarikh berkenaan KIT PENDAFTARAN boleh diambil pada 25.11.18 (Ahad) di Taman Rempah sebelum Explorace berlangsung. Harap maklum

Ceramah Agama Mingguan

 13 Ogos 2018 |  13 Ogos 2018  31 Dis 2018
Kerajaan Negeri Melaka mengadakan Ceramah Agama Mingguan & Perdana Anjuran Kerajaan Negeri Melaka pada setiap hari jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga selesai. Sehubungan dengan itu, akses secara live-streaming boleh diakses melalui laman sosial berikut : Facebook Ceramah Agama Kerajaan Negeri Melaka di pautan berikut: https://www.facebook.com/ceramahagamaknm/

Rancangan Korporat Jabatan

 15 Ogos 2018 |  06 Ogos 2018  16 Ogos 2018
Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan bil.2/2018 akan dijalankan pada 15 Ogos 2018 (Rabu), masa 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka

Mesyuarat Penyelarasan Data Kemudahan Awam Bagi Keselamatan dan Pendidikan Negeri Melaka Bil. 3/2018

 08 Ogos 2018 |  06 Ogos 2018  09 Ogos 2018
Mesyuarat Penyelarasan Data Kemudahan Awam Bagi Keselamatan dan Pendidikan Negeri Melaka Bil. 3/2018 akan dijalankan pada 8 Ogos 2018 (Rabu) jam 9.00 pagi betermpat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, PLANMalaysia@Melaka. Sekian, terima kasih.

Penggunaan Bilik Latihan ICT PLANMalaysia@Melaka secara PERCUMA (G2G)

 01 Ogos 2018  Dipaparkan sepanjang masa
PLANMalaysia@Melaka kini telah membuka penggunaan bilik latihan ICT secara PERCUMA (G2G) kepada seluruh Jabatan Kerajaan Negeri Melaka bermula Julai 2018. Sebarang urusan permohonan perlulah dikemukakan melalui surat kepada Pengarah PLANMalaysia@Melaka selewat-lewatnya 7 hari bekerja. Kesediaan bilik mesyuarat bergantung kepada kekosongan dan keutamaan. Sekian, terima kasih.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Negeri Melaka

 01 Apr 2018 |  01 Apr 2018  01 Mei 2018
Satu program Publisiti dan Penyertaan Awam Negeri Melaka sedang dijalankan di 4 lokasi iaitu di Lobi Wisma Negeri, Lobi MBMB, Lobi Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Lobi Majlis Perbandaran Jasin bermula dari 1 April 2018 - 30 April 2018. Sebarang semakan dan bantahan berkaitan cadangan pengubahan boleh dibuat di dalam waktu pejabat di lokasi tersebut.

Sistem Aplikasi MeLGIS Tergendala

 21 Mac 2018 |  21 Mac 2018  31 Mac 2018
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian di server MeLGIS https://melgis.melaka.gov.my sedang dilaksanakan. Oleh yang demikian, sistem aplikasi ini akan tergendala seketika. Kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih

Sebutharga Penyelenggaraan dan Penggantian Karpet Jabatan

 15 Jan 2018 |  15 Jan 2018  27 Jan 2018
Semua adalah dipelawa untuk kenyataan sebutharga berikut :- Sebutharga Penyelenggaraan dan Penggantian Karpet Jabatan No. Sebutharga - JPBD(M)(S) 221/294(1) Tarikh Tutup - 26 Januari 2018 (Jumaat) 12.00 Tengahari

Mesyuarat MBJ Pengurusan

 27 Dis 2017 |  27 Dis 2017  28 Dis 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk tindakan dan makluman semua kakitangan PLANMalaysia@Melaka, mesyuarat MBJ Pengurusan akan diadakan pada 27/12/2017 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah. Semua Ahli mesyuarat MBJ Pengurusan diminta hadir ke mesyuarat tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih

Mesyuarat ICT Jabatan Bil. 1/2016

 29 Apr 2016 |  06 Apr 2016  30 Apr 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 13 April 2016 (RABU), Masa : 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka. Kehadiran semua ahli jawatankuasa adalah amat diharapkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Laman Web Jabatan Bil. 1/2016 dan Sesi Final Acceptance Test (FAT) Bagi Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Melaka

 13 Apr 2016 |  06 Apr 2016  14 Apr 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 13 April 2016 (Rabu), masa 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri

 20 Dis 2017 |  19 Dis 2017  21 Dis 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 4/2017 akan dijalankan pada 20 Disember 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir Seri Negeri Melaka.

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia  

 01 Apr 2016 |  01 Apr 2016  09 Apr 2016
JPBD Semenanjung Malaysia akan menganjurkan satu program pertandingan Tilawah Al-Quran di peringkat JPBD Semenanjung Malaysia. Oleh yang demikian, satu sesi saringan akan diadakan diperingkat JPBD Melaka bagi memilih Qari dan Qariah untuk menjadi wakil JPBD Melaka ke pertandingan tersebut. Sesi saringan dan bacaan Al-Quran akan diadakan pada 8 April 2016.

Salam Takziah kepada kakitangan PLANMalaysia@Melaka En. Haris bin Arifin

 09 Ogos 2017 |  09 Ogos 2017  11 Ogos 2017
Warga PLANMalaysia@Melaka mengucapkan salam takziah kepada En. Haris bin Arifin di atas pemergian bonda tercinta. Semoga arwah bonda En. Haris ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Innalillahiwainnalillahirojiun. Al-Fatihah

Program Publisiti & Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035 bermula dari 1/12/2016 - 31/12/2016

 01 Dis 2016 |  01 Dis 2016  31 Dis 2016
Program Publisiti & Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035 bermula dari 1/12/2016 - 31/12/2016. Bertempat di:- °Ruang Legar Wisma Negeri MITC °Ruang Legar Pejabat Daerah Tanah Alor Gajah °Ruang Legar Pejabat Daerah Tanah Jasin °Ruang Legar MBMB °Ruang Legar MPAG °Ruang Legar MPJ °Ruang Legar MPHTJ

Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil.12/2016

 22 Dis 2016 |  14 Dis 2016  23 Dis 2016
Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil.12/2016 akan dijalankan pada 22 Disember 2016 (Khamis), masa 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka.

Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)- Bengkel Pengemaskinian dan Verifikasi Data I-Plan Negeri Melaka Bil.1/2016

 10 Mei 2016 |  28 Apr 2016  12 Mei 2016
Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)- Bengkel Pengemaskinian dan Verifikasi Data I-Plan Negeri Melaka Bil.1/2016 -Data Jan - Jun 2016 - Data Julai - Disember 2015 Telah dijadual pada 10-11 Mei 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan

Jadual Bertugas Live Chat Laman Web JPBD Melaka  

 31 Mei 2016 |  01 Apr 2016  01 Ogos 2016
Berikut adalah senarai bertugas Live Chat Laman Web JPBD Melaka bagi bulan Jun dan Julai 2016.

Permohonan latihan amali/industri boleh dikemukakan menerusi emel jabatan

 Dipaparkan sepanjang masa
Permohonan latihan amali/industri boleh dikemukakan menerusi emel jabatan jpbdmelaka@melaka.gov.my atau hantarkan resume dan surat permohonan ke alamat jabatan.

Taklimat serta perkongsian pengetahuan berkaitan tatacara penerbangan dan penyelenggaraan Drone oleh JPBD Negeri Selangor

 20 Dis 2016 |  14 Dis 2016  21 Dis 2016
Taklimat serta perkongsian pengetahuan berkaitan tatacara penerbangan dan penyelenggaraan Drone oleh JPBD Negeri Selangor

Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 4/2016  

 04 Apr 2016 |  01 Apr 2016  04 Apr 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 4/2016 akan dijalankan pada 4 April 2016, 7.30 pagi di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. Sehubungan itu, kakitangan yang telah dipilih mewakili Jabatan DIWAJIBKAN hadir dan perlu membawa bersama Mykad untuk tujuan pendaftaran. Pegawai TIDAK DIBENARKAN meningggalkan Majlis sehingga YAB Ketua Menteri Melaka selesai bersalaman dengan ketua-Ketua Jabatan.

Kajiselidik tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh JPBD Melaka

 01 Sep 2016 |  01 Sep 2016  30 Nov 2016
JPBD Melaka sedang melaksanakan kajiselidik tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini. Kajian ini perlu bagi membolehkan segala tindakan penambahbaikan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dapat diberikan dengan telus dan berkesan. Kerjasama pihak tuan/puan untuk menjawab kajiselidik ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Klik link inihttp://www.jpbdmelaka.gov.my/2/survey.php?id=685

Jadual Bertugas Kaunter Khidmat Nasihat Bulan April 2016  

 02 Apr 2016 |  01 Apr 2016  01 Mei 2016
Semua pegawai yang bertugas pada tarikh yang ditetapkan diminta berada di pejabat sepanjang masa. Sekiranya pegawai menghadiri mesyuarat atau bercuti, pegawai pengganti perlu disediakan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka

 04 Jul 2017 |  04 Jul 2017  15 Jul 2017
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (2013) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H pada 14 Julai 2017 (Jumaat) masa 10.30 pagi selepas Mesyuarat Agong Kali Ke-3 KSSK JPBD Melaka bertempat di Ruang Legar, JPBD Melaka.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Laman Web Jabatan Bil.2/2016

 04 Okt 2016 |  14 Sep 2016  30 Sep 2016
Sukacita dimaklumkan, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Laman Web Jabatan Bil. 2/2016 akan diadakan pada 29 September 2016 (Khamis), 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka. Kehadiran semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik adalah diwajibkan. Sekian, terima kasih. Klik untuk muat turun minit mesyuarat...

Bengkel Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu I-Plan Negeri Melaka

 06 Sep 2016 |  02 Sep 2016  11 Sep 2016
Unit Maklumat Gunatanah Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka akan mengadakan satu Bengkel Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu I-Plan Negeri Melaka pada 6-7 September 2016 bertempat di Pusat Pendidikan Pelancongan (Edu-Ecotourism), Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel ini akan melaksanakan verifikasi Data Julai - Disember 2015 dan pengemaskinian Data Januari - Juan 2016. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka terlibat sama.

Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2016  

 01 Apr 2016 |  01 Apr 2016  04 Apr 2016
Perhimpunan Bulanan JPBD, Bil 3/2016 akan dijalankan pada 1 April 2016, 3.00 petang. Semua kakitangan dijemput hadir.

Perhimpunan Bulanan Jabatan

 20 Jun 2017 |  20 Jun 2017  23 Jun 2017
Perhimpunan Bulanan Jabatan Bulan Jun 2017 akan dijalankan pada 22/6/2017. Semua Warga JPBD dipohon hadir. Terima kasih

MESYUARAT RANCANGAN KORPORAT JABATAN BIL.2/2016

 16 Ogos 2016 |  16 Ogos 2016  22 Ogos 2016
Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan Bil.2/2016 akan dijalankan pada 19 - 21 Ogos 2016 ini di The Regancy Resort, Kuala Terengganu.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk KSSK, JPBD Melaka (2013) Bil.1/2016  

 19 Apr 2016 |  13 Apr 2016  21 Apr 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 19 April 2016 (Selasa), masa 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Jebat. Kerjasama dan kehadiran semua ahli terlibat amatlah diharapkan.

SEBUTHARGA BAGI MENAIKTARAF ALAT GANTI UNMANNED AERIAL VEHICLE (UAV) JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA

 11 Mei 2017 |  11 Mei 2017  01 Jun 2017
Sebutharga Bagi Menaiktaraf Alat Ganti Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka. Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa. Tarikh tutup sebutharga pada 31 Mei 2017 (Rabu) 12.00 Tengahari. Klik untuk maklumat lanjut.

Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya

 23 Jun 2016 |  22 Jun 2016  24 Jun 2016
JPA akan menganjurkan program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya pada 23 Jun 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Antara topik yang boleh dibincangkan ialah, Cuti, Peperiksaan, Pengiktirafan, Tatatertib, Elaun, Pencen, HRMIS, Pertukaran, Naik Pangkat, Dasar Perkhidmatan, Transformasi, Perkhidmatan Awam. Layari http://epelanggan.jpa.gov.my. Sekian, terima kasih.

Kajian Penguasaan Tahap ICT Kakitangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka

|  21 Jun 2016  23 Jul 2016
Dimaklumkan bahawa, Unit Maklumat Gunatanah Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka sedang dalam proses mendapatkan maklumat berkaitan Kajian Penguasaan Tahap ICT Kakitangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, semua kakitangan DIWAJIBKAN untuk melengkapkan kaji selidik di pautan berikut sebelum 15 Ogos 2016. Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. http://www.jpbdmelaka.gov.my/2/survey.php?id=685

Mesyuarat Penyelarasan "City Image Of Alor Gajah"

 14 Apr 2016 |  12 Apr 2016  15 Apr 2016
Jabatan dalam proses menghasilkan buku "City Image Of Alor Gajah" pada tahun 2016. Bagi memastikan kelancaran penghasilan buku tersebut, satu mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut akan dijalankan.

Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia XVIII (SUKNA 18)

 21 Apr 2017 |  19 Apr 2017  30 Apr 2017
Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia XVIII (SUKNA 18) akan berlangsung pada 21 - 24 April 2017 di Perak

Tawaran Sebutharga Naiktaraf Sistem RDBMS dan Integrasi Sistem SISIP bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka

 15 Jun 2016 |  15 Jun 2016  01 Sep 2016
Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa. Tarikh tutup sebutharga adalah pada 1 Julai 2016

Taklimat Integriti

 16 Dis 2016 |  16 Dis 2016  17 Dis 2016
Satu Taklimat Integriti akan dijalankan pada 16 Disember 2016 (Jumaat), 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka. Kehadiran semua pegawai dan kakitangan di WAJIBKAN hadir.

Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016

 26 Mei 2016 |  18 Mei 2016  27 Mei 2016
Seminar Sebaran Dasar Perancangan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016. Bertempat di Novotel, Melaka. Sila muat-turun borang penyertaan dari laman web ini di pautan http://www.jpbdmelaka.gov.my/2/page.php?id=446. Kehadiran amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

Pemasangan lantai Surau JPBD Melaka  

 01 Apr 2016 |  01 Apr 2016  31 Mei 2016
Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JPBD Melaka akan melaksanakan pemasangan lantai baru bagi kedua-dua surau lelaki dan perempuan jenis Laminate Floring Jenis Vinyl Tiles di Jabatan ini dalam masa terdekat. Oleh yang demikian, bagi mereka yang berminat untuk membuat sumbangan untuk pembelian lantai tersebut, boleh menghantar sumbangan kepada Pn. Fatihah binti Ibrahim. Sekian, terima kasih.

Peraturan Am dan Teknikal SUKNA Perancangan Bandar dan Desa Malaysia Kali Ke XVIII - 2017

 01 Jan 2017 |  01 Jan 2017  30 Apr 2017
Muat Turun :::> Peraturan Am dan Teknikal SUKNA Perancangan Bandar dan Desa Malaysia Kali Ke XVIII - 2017

Jadual Bertugas Kaunter Khidmat Nasihat Bulan Mei dan Jun 2016  

 28 Apr 2016 |  28 Apr 2016  01 Jul 2016
Semua pegawai yang bertugas pada tarikh yang ditetapkan diminta berada di pejabat sepanjang masa. Sekiranya pegawai menghadiri mesyuarat atau bercuti, pegawai pengganti perlu disediakan. Berikut adalah senarai bertugas sepanjang bulan Mei dan Jun 2016.

Jaringan JPBD · Ibu Pejabat · Johor · Kedah · Kelantan · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu