IMEJ BANDAR ALOR GAJAH

Buku Imej Bandar Alor Gajah ini diterbitkan sebagai bacaan ilmiah yang santai untuk pembaca menghayati era perancangan pembangunan Bandar Alor Gajah, iaitu sebuah bandar yang terletak di utara Negeri Melaka. Daerah yang sarat dengan sejarah tokoh kepimpinan dan kepahlawanan Naning waktu lalu yang kini begitu pesar membangun seiring dengan arus pemodenan.

 

Buku ini memberi tumpuan kepada perancangan fizikal, bermula dengan sejarah perwujudan daerah ini, diikuti dengan perkembangan Bandar Alor Gajah dan aktiviti sokongan lain yang menjadi pemangkin pemesatan pertumbuhan bandar ini sekitar tahun 1920-an sehingga kini.

 

Bermula daripada penghijarahan pelbagai kaum dan masyarat ke daerah ini, Alor Gajah sebahagian besarnya diliputi hutan belukar yang rata telah mula diterokai untuk dijadikan sebuah kawasan penempatan yang baharu. Pentadbiran, aktiviti sosio ekonomi penyediaan kemudahan seperti kesihatan, keagamaan, pendidikan dan keselamtan yang dijalankan menjadi faktor perkembangan pekan ini.

Penulisan buku ini juga telah diolah semula berdasarkan kajian lisan yang dibuat, iaitu temu bual bersama masyarakat setempat. Seterusnya beberapa bahagian lain berdasarkan tinjauan semasa di lokasi yang disokong oleh rujukan ilmiah dan sumber-sumber lain yang berkaitan.

Berbekalkan khazanah alam semulajadi, Alor Gajah juga menawarkan destinasi pelancongan menarik untuk setiap pengujung. Oleh yang demikian, penerbitan buku ini secara tidak langsung merupakan usaha merekod penceritaan lalu.


Jaringan JPBD · Ibu Pejabat · Johor · Kedah · Kelantan · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu