PERKARA YANG BOLEH DIRAYU

 

PERKARA
SEKSYEN
Rayuan Terhadap Kebenaran Merancang
Rayuan boleh dilakukan sekiranya berlaku rasa tidak puas hati atau terkilan dengan keengganan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi Kebenaran Merancang atau syarat-syarat yang dikenakan dalam sesuatu Kebenaran Merancang.
 
Rayuan oleh pemilik tanah berjiran yang telah membantah di bawah Seksyen 21(6) berhubung permohonan untuk Kebenaran Merancang.
[Seksyen 23(1)(a) & (b)]
(Borang A Jadual II) - Akta 172
Amaun Pampasan
Jika seseorang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya, ia boleh merayu kepada Lembaga Rayuan untuk menaksir semula amaun tersebut.
[Seksyen 25(9)]
(Borang B Jadual II - Akta 172
Notis Permintaan
Bagi seseorang yagn terkilan dengan sesuatu notis permintaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT); Meminta supaya dihentikan penggunaan itu; atau Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu; atau Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu;
[Seksyen 30(2)]
(Borang C Jadual II) - Akta 172

Pampasan Notis Permintaan
Sekiranya seseorang tidak berpuashati dengan jumlah amaun pampasan yang telah diberikan kepadanya daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT); berbanding dengan jumlah kerosakan atau menyebabkan susut nilai ke atas tanah, ia boleh merayu untuk menimbangkannya semula

[Seksyen 30(7)] 
(Borang B Jadual II) - Akta 172

Perintah Pemeliharaan Pokok
Sekiranya seseorang tidak berpuas hati dengan ;

  1. Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok;
  2. Mana-mana peruntukan dalam suatu Perintah Pemeliharaan Pokok;
    1. Penolakan pemberian kebenaran bertulis ; atau
    2. Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suaru kebenaran bertulis; di bawah perenggan (a) Seksyen 35A(2) ; atau
  3. Suatu Perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) Seksyen 35A(2); boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan daripada tarikh Perintah Pemeliharaan Pokok dikeluarkan.
[Seksyen 35c]
(Borang D Jadual II) - Akta A933 (Pindaan)
Pampasan Perintah Pemeliharaan Pokok
Peruntukan bagi membuat tuntutan pampasan kepada PIhak Berkuasa Perancang Temparan (PBPT) daripada seseorang yang telah mebuktikan bahawa pihaknya mengalami kerugian dan berlakunya susut nilai ke atas tanahnya akibat daripada mematuhi seksyen 35c (a) hingga (d)
[Seksyen 35D]
(Borang B Jadual II) - Akta A933 (Pindaan)
Penggantian Pokok
Sekiranya perintah untuk penggantian pokok telah dikeluarkan kepada sesorang yang didapati bersalah kerana menebang pokok yang mempunyai Perintah Pemeliharaan Pokok; jika timbul rasa terkilan dengan arahan , orang tersebut boleh merayu untuk mengenepikan arahan atau melanjutkan tempoh penggantian penanaman semula pokok
[Seksyen 35E}
(Borang E Jadual II) - Akta A933 (Pindaan)

 

Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian keputusan atau perintah kepada pemohon oleh Pihak Berkuasa Tempatan


Jaringan JPBD · Ibu Pejabat · Johor · Kedah · Kelantan · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu