FUNGSI

LEMBAGA RAYUAN Negeri Melaka wujud berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 36, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172). Penubuhan Lembaga Rayuan Negeri Melaka telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang telah bersidang pada 18 Februari 2004 melalui Risalat MMKN 15B/5/2004 dan disahkan pada 25 Februari 2004.

 

FUNGSI 

Lembaga Rayuan berfungsi untuk memberikan peluang kepada sesorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hari dengan keputusan Kebenaran Merancang [Subseksyen 22(3)] yang diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk dipertimbangkan semula keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan, dimana :

  • Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent Body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian antara Perayu dan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya yang terlibat dengan keputusan Kebenaran Merancang samada perayu tersebut sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna yang merasa terkilan
  • Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal yang bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes yang dinyatakan dibawah Akta 172, Akta Perancangan Banda dan Desa 1976.

KAEDAH

Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Melaka) telah diwartakan pada 11 mac 2004 dan tarikh berkuatkuasa pada 11 Mei 2004. Lembaga Rayuan Negeri Melaka secara rasminya ditubuhkan pada 27 Julai 2005.


Jaringan JPBD · Ibu Pejabat · Johor · Kedah · Kelantan · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu