JAWATANKUASA TEKNIKAL KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang bersidang pada 24 Mei 2010 Bil.02/2010 telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tanah Tinggi Negeri Melaka. Penubuhan Jawatankuasa ini adalah sebagai pemudah cara bagi mempertimbangkan permohonan-permohonan yang melibatkan pembangunan di kawasan kelas III.

Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTKSAS) :-

  • Membuat keputusan/nasihat mengenai had pembangunan yang boleh dilaksanakan
  • Menilai pelan susunatur,Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Pelan kerja tanah, Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis kestabilan cerun, Laporan Saliran dan Pengairan, Laporan Penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) dan lain-lain laporan yang berkaitan permohonan yang melibatkan kawasan berkecerunan kelas III dan IV
  • Mengadakan lawatan tapak bagi menilai permohonan
  • Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah tinggi kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri
  • Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan
  • Pelaporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Ekspress dan Jawatankuasa Perancang Negeri setiap bulan atau berdasarkan semasa arahan Jawatankuasa (JTKSAS)

 

Carta alir permohonan Jawatankuasa Tanah Tinggi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada :

Urusetia (Unit Projek Khas dan Inovasi)
Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar  Negeri Melaka ,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Aras 5, Wisma Negeri,
75450, Ayer Keroh, Melaka
No. Tel    : 06 3333333
No. Faks : 06 2323443

Keterangan
Senarai Semak Permohonan
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

Jaringan JPBD · Ibu Pejabat · Johor · Kedah · Kelantan · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu