PENGUMUMAN
Senarai ini hanya memaparkan Pengumuman yang telah melepasi tarikh paparan
Logo Rasmi Sambutan 100 tahun Perancang Bandar Malaysia (100 PBM)
10 Jul 2020
| 10 Jul 2020
27 Jul 2020
Logo Rasmi Sambutan 100 tahun Perancang Bandar Malaysia (100 PBM)
Stay at home
| 04 Jun 2020
04 Jun 2020
#StayAtHome
Mereka mungkin telah lakukan kesilapan..
Kegagalan pematuhan perintah kawalan pergerakan dan tidak mematuhi saranan dari KKM telah terbukti telah mencetuskan beberapa kluster baru jangkitan Covid 19 di Malaysia.
Jangan ulangi kesilapan yang sama ????????
Teruskan perjuagan, duduk di rumah mampu menghentikan rantaian jangkitan penyakit. Anda teruskan penjuangan untuk duduk di rumah , stay at home.
#KitaWajibMenang
Operasi premis perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
04 Jun 2020
Operasi premis perniagaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 bagi Negeri Melaka.
Sila patuhi arahan pihak berkuasa! ????
#stayhome
#MelakaGegauCOVID19
Pakej Rangsangan Ekonomi
11 Jun 2020
Pakej Rangsang Ekonomi dalam Perutusan Khas YAB Perdana Menteri
PAKEJ INSENTIF & BANTUAN KHAS COVID-19 KERAJAAN NEGERI MELAKA & MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
| 18 Mac 2020
11 Jun 2020
PAKEJ INSENTIF & BANTUAN KHAS
COVID-19 KERAJAAN NEGERI MELAKA & MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA
ARAHAN TANGKAP JIKA INGKAR
04 Jun 2020
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi memberi amaran, sebaliknya akan terus menangkap individu yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis diberi tanggungjawab memastikan pelaksanaan PKP dipatuhi masyarakat dan ia cabaran amat tinggi buat pasukannya.
“Kita (PDRM) tidak lagi ada amaran dan seterusnya. Pendekatan kita selepas ini jika ingkar akan ambil tindakan sekeras-kerasnya, kalau perlu penangkapan kita akan buat.
Sumber: https://www.bharian.com.my/…/arahan-tangkap-jika-ingkar-pkp…
Polis Melaka
Senarai bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19
26 Mac 2020
11 Jun 2020
Skim bantuan dan insentif kerajaan kepada rakyat Malaysia susulan krisis COVID-19
Pemberian bantuan khas untuk golongan sasar yang terjejas akibat wabak Covid-19 di Melaka
11 Jun 2020
Pemberian bantuan khas untuk golongan sasar yang terjejas akibat wabak Covid-19 di Melaka
Salam Takziah
18 Mac 2020
| 18 Mac 2020
20 Mac 2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawa ibunda tercinta Pn. Nor Haliza binti Baharom (Unit Kewangan), [email protected] telah kembali ke rahmatullah pagi td. Semoga roh arwah ibunda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambanya yg beriman. Didoakan beliau tabah dalam menghadapi ujian ini. Salam takziah buat beliau dan keluarga. Al-Fatihah
Program Sebaran Maklumat Perancangan 2020
10 Feb 2020
| 10 Feb 2020
03 Mac 2020
[email protected] akan melaksanakan Program Sebaran Maklumat Perancangan 2020 pada 3 Mac 2020 (Selasa), bertempat di Auditorium Seri Negeri, Melaka
Salam Takziah
03 Jan 2020
| 03 Jan 2020
06 Jan 2020
[email protected] mengucapkan Salam Takziah kepada Encik Mohd Rizal bin Ahmad, Penolong Pegawai Perancang Bandar, [email protected] serta ahli keluarga beliau di atas pemergian arwah bapa tercinta. Semoga arwah bapa beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Innalillahiwainnalillahirojiun
Al-Fatihah
Salam Takziah
03 Okt 2019
| 03 Okt 2019
04 Okt 2019
AAdalah dimaklumkan bahawa kakitangan [email protected] Saudara Zulfadhli bin Abd Wahid telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Takziah.
Innalillahiwainnailaihirojiun
Al-Fatihah
EXPLORACE sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka dan Hari Perancang Bandar Sedunia 2018
01 Nov 2018
| 01 Nov 2018
23 Nov 2018
EXPLORACE sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka dan Hari Perancang Bandar Sedunia 2018 akan dijalankan pada 25 November 2018 (Ahad) jam 6.30 pagi. 20 hadiah menarik bakal menanti anda dengan tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000. Semua adalah dipelawa untuk menyertai. Tempat adalah terhad kepada 300 penyertaan sahaja.
RANCANGAN STRUKTUR NEGERI MELAKA
28 Sep 2018
| 28 Sep 2018
31 Dis 2018
Untuk makluman, CD RSN 2035 bole diperolehi di kaunter JPBD Melaka dengan harga RM50. Klik untuk muat-turun imej
Tahniah [email protected]
13 Jul 2018
| 13 Jul 2018
31 Dis 2018
Tahniah [email protected] kerana telah berjaya menerima Anugerah Geospatial Kebangsaaan Kategori MyGDI di Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaaan NGIS Ke-8
Polisi Penggunaan Emel Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
01 Ogos 2018
| 15 Mac 2018
31 Dis 2018
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah mengeluarkan Polisi Emel Rasmi Kerajaan Negeri Melaka versi 1.7.
MeLGIS Version 2
26 Dis 2017
| 26 Dis 2017
15 Jan 2018
Untuk makluman, Sistem Aplikasi MeLGIS naiktaraf version 2 telah dimuktamadkan pada 29/11/2017. Walaubagaimanapun, sistem ini masih di dalam tempoh 'trial run' dan pihak tuan/puan boleh memaklumkan kepada pentadbir sistem sekiranya terdapat sebarang masalah atau penambahbaikan kepada sistem. Kerjasama pihak tuan/puan amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih
Sebutharga Bagi Pembangunan Data UAV Melalui Sistem Aplikasi MeLGIS V2 [email protected]
18 Apr 2017
| 18 Apr 2017
01 Mei 2017
Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa. Iklan sebutharga boleh didapatkan di Kaunter Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka, Aras 5, Wisma Negeri Melaka.
Kayuhan dan Larian PlanMalaysia Sempena Melaka Car Free Zone
09 Apr 2017
| 29 Mac 2017
01 Apr 2017
Kayuhan dan Larian PlanMalaysia Sempena Melaka Car Free Zone di Tapak Warisan Dunia Bandar hilir, Melaka pada 9 April 2017. Semua dijemput menyertai program ini
Kuatkuasa Penggunaan PCRS
28 Feb 2017
| 28 Feb 2017
01 Mei 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan jabatan telah memutuskan penggunaan Thumbprint berkuatkuasa pada 1 Mac 2017 (Rabu). Penggunaan Kad Perakam Waktu akan kekal bagi tempoh 2 bulan sebelum berkuatkuasa sepenuhnya pengguna PCRS tersebut. Sehubungan dengan itu, semua warga JPBD dikehendaki menggunakan thumbprint bermula dari 1 Mac 2017. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Garis Panduan Bagi Larangan Penggunaan Emel Rasmi Kerajaan
21 Dis 2017
| 21 Dis 2017
31 Mac 2018
Perhatian kepada semua kakitangan [email protected], dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah mengeluarkan Garis Panduan Bagi Larangan Penggunaan Emel Rasmi Kerajaan melalui Polisi Emel Rasmi Kerajaan Negeri Melaka versi 1.7. Dokumen ini boleh dimuat-turun melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka.
https://www.melaka.gov.my/ms/media/penerbitan/polisi-prosedur-pelan
Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2016
01 Jan 2016
| 01 Jan 2016
01 Jan 2017
Berikut adalah jadual Hari Kelepasan Am Negeri Melaka Tahun 2016. Klik untuk maklumat lanjut .....
Tawaran Kekosongan Rumah Pangsa Balai Panjang
27 Apr 2016
| 27 Apr 2016
31 Ogos 2016
Tawaran menarik kepada mereka yang masih belum memiliki rumah. Harga RM42,000.00. Jenis rumah pangsa 4 tingkat. Hubungi haril Azmi (Lembaga Perumahan Melaka) di talian 06-2320450
Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil.1/2017
03 Jan 2017
| 03 Jan 2017
10 Jan 2017
Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil.1/2017 akan dijalankan pada 9 Januari 2017 (Isnin), masa 7.30 pagi bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Kehadiran kakitangan JPBD seperti di bawah adalah dijwajibkan. Sekian, terima kasih.
Senarai Rumah Pangsa Lereh
27 Apr 2016
| 27 Apr 2016
31 Ogos 2016
Jika berminat sila hubungi Puan Noradiah di talian 06-2320450
Program Publisiti dan Penyertaan Awam RKK
17 Jun 2020
| 17 Jun 2020
20 Jul 2020
Program Publisiti dan Penyertaan Awam. Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Bidara-Pengkalan Balak
Soalan Lazim Sektor Peruncitan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan
18 Mac 2020
| 18 Mac 2020
31 Mac 2020
Soalan Lazim Sektor Peruncitan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan
Tawaran Sebutharga MapXtreme
30 Sep 2019
| 30 Sep 2019
07 Okt 2019
Sebutharga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal bumiputera yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja Pembekalan 1 Unit Perisian MapInfo MapXtreme Web Engine (Latest Version) Berlesen serta Pembekalan 2 Unit Workstation dan 1 Unit Touch Monitor Bagi Pembangunan Aplikasi MeLGIS Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
Tawaran Sebutharga
16 Ogos 2019
| 16 Ogos 2019
02 Sep 2019
[email protected] telah membuka 2 sebutharga. Maklumat lanjut berkaitan iklan, boleh klik di pautan berikut :
http://www.jpbdmelaka.gov.my/v2/xs/page.php?id=1078 dan
http://www.jpbdmelaka.gov.my/v2/xs/page.php?id=1054.
Sekian, terima kasih
Makluman - Aplikasi MeLGIS secara atas talian tergendala
13 Mei 2019
| 13 Mei 2019
31 Mei 2019
Assalam dan Salam Sejahtera,
Pengumuman Penting
Untuk makluman Aplikasi MeLGIS, telah dinaiktaraf dan kini bayaran secara atas talian/online boleh dibuat dari aplikasi tersebut. Sebarang kesulitan sila hubungi pentadbir sistem Pn. Marzaedah binti Mat Jin 06-333 3333 samb 5155. Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Penyelenggaraan Sistem Aplikasi MeLGIS
26 Nov 2018
| 26 Nov 2018
14 Dis 2018
Pelaksanaan penyelenggaraan Sistem Aplikasi MeLGIS sedang dilaksanakan dan berkemungkinan akan berlaku gangguan pada sistem tersebut pada masa ini. Pihak kami akan cuba meminimunkan gangguan sistem tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pentadbir Sistem iaitu Puan Marzaedah binti Mat Jin di talian 06-333 3333 samb 5155. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
KIT PENDAFTARAN EXPLORACE
20 Nov 2018
| 20 Nov 2018
25 Nov 2018
KIT PENDAFTARAN boleh diambil pada ketentuan berikut :-
Tarikh : 23.11.18 (Jumaat)
Masa : 8.00 pg - 5.30 ptg
Tempat: JPBD Melaka, Aras 5 Wisma Negeri Melaka
Tarikh : 24.11.18(sabtu)
Masa : 9.00 pg - 1.00 ptg
Tempat: JPBD Melaka, Aras 5 Wisma Negeri Melaka
Manakala bagi peserta di luar Melaka yg tidak sempat ambil pada tarikh berkenaan KIT PENDAFTARAN boleh diambil pada 25.11.18 (Ahad) di Taman Rempah sebelum Explorace berlangsung.
Harap maklum
Ceramah Agama Mingguan
13 Ogos 2018
| 13 Ogos 2018
31 Dis 2018
Kerajaan Negeri Melaka mengadakan Ceramah Agama Mingguan & Perdana Anjuran Kerajaan Negeri Melaka pada setiap hari jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga selesai.
Sehubungan dengan itu, akses secara live-streaming boleh diakses melalui laman sosial berikut :
Facebook Ceramah Agama Kerajaan Negeri Melaka
di pautan berikut:
https://www.facebook.com/ceramahagamaknm/
Rancangan Korporat Jabatan
15 Ogos 2018
| 06 Ogos 2018
16 Ogos 2018
Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan bil.2/2018 akan dijalankan pada 15 Ogos 2018 (Rabu), masa 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, [email protected]
Mesyuarat Penyelarasan Data Kemudahan Awam Bagi Keselamatan dan Pendidikan Negeri Melaka Bil. 3/2018
08 Ogos 2018
| 06 Ogos 2018
09 Ogos 2018
Mesyuarat Penyelarasan Data Kemudahan Awam Bagi Keselamatan dan Pendidikan Negeri Melaka Bil. 3/2018 akan dijalankan pada 8 Ogos 2018 (Rabu) jam 9.00 pagi betermpat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, [email protected] Sekian, terima kasih.
Penggunaan Bilik Latihan ICT [email protected] secara PERCUMA (G2G)
| 01 Jan 2019
31 Mac 2019
[email protected] kini telah membuka penggunaan bilik latihan ICT secara PERCUMA (G2G) kepada seluruh Jabatan Kerajaan Negeri Melaka bermula Julai 2018. Sebarang urusan permohonan perlulah dikemukakan melalui surat kepada Pengarah [email protected] selewat-lewatnya 7 hari bekerja. Kesediaan bilik mesyuarat bergantung kepada kekosongan dan keutamaan. Sekian, terima kasih.
Gangguan Aplikasi MeLGIS
02 Jun 2018
| 31 Mei 2018
06 Jun 2018
Kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan bagi Pusat Data dan Pusat Pemulihan Bencana Kerajaan Negeri Melaka akan dijalankan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 2 Jun 2018 (Sabtu) dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sepanjang tempoh penyelenggaraan ini, kemungkinan akan berlaku gangguan kepada Sistem Aplikasi MeLGIS Jabatan. Walau bagaimanapun, Jabatan akan memastikan gangguan capaian dapat dielakkan dan sekiranya terpaksa, Jabatan akan cuba meminimumkan kadar gangguan. Sebarang kesulitan dalam perkara ini amatlah dikesali. Terima kasih
Aplikasi MeLGIS akan ditutup untuk kerja-kerja migrasi ke Pusat Data
18 Jul 2018
| 18 Jul 2018
20 Jul 2018
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja migrasi Sistem Aplikasi MeLGIS ke Server Pusat Data Kerajaan Negeri Melaka akan dijalankan pada petang ini 18 Julai 2018 masa 6.00 pm. Oleh yang tersebut, sistem ini akan berhenti operasi bermula dari 6.00 pm sehingga selesai kerja pemindahan dilaksanakan. Kemungkinan sistem mengalami gangguan capaian atau masalah loading peta selepas kerja migrasi dibuat. Walaubagaimanapun pihak kami akan cuba menangani masalah sebaiknya dan cuba meminimakan gangguan tersebut. Kesulitan amatlah dikesali. Sekian,terima kasih
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Negeri Melaka
01 Apr 2018
| 01 Apr 2018
01 Mei 2018
Satu program Publisiti dan Penyertaan Awam Negeri Melaka sedang dijalankan di 4 lokasi iaitu di Lobi Wisma Negeri, Lobi MBMB, Lobi Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Lobi Majlis Perbandaran Jasin bermula dari 1 April 2018 - 30 April 2018. Sebarang semakan dan bantahan berkaitan cadangan pengubahan boleh dibuat di dalam waktu pejabat di lokasi tersebut.
Sistem Aplikasi MeLGIS Tergendala
21 Mac 2018
| 21 Mac 2018
31 Mac 2018
Adalah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian di server MeLGIS https://melgis.melaka.gov.my sedang dilaksanakan. Oleh yang demikian, sistem aplikasi ini akan tergendala seketika. Kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih
Sebutharga Penyelenggaraan dan Penggantian Karpet Jabatan
15 Jan 2018
| 15 Jan 2018
27 Jan 2018
Semua adalah dipelawa untuk kenyataan sebutharga berikut :-
Sebutharga Penyelenggaraan dan Penggantian Karpet Jabatan
No. Sebutharga - JPBD(M)(S) 221/294(1)
Tarikh Tutup - 26 Januari 2018 (Jumaat) 12.00 Tengahari
Mesyuarat MBJ Pengurusan
27 Dis 2017
| 27 Dis 2017
28 Dis 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk tindakan dan makluman semua kakitangan [email protected], mesyuarat MBJ Pengurusan akan diadakan pada 27/12/2017 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah. Semua Ahli mesyuarat MBJ Pengurusan diminta hadir ke mesyuarat tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih
Mesyuarat ICT Jabatan Bil. 1/2016
29 Apr 2016
| 06 Apr 2016
30 Apr 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 13 April 2016 (RABU), Masa : 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka. Kehadiran semua ahli jawatankuasa adalah amat diharapkan.
Mesyuarat MBJ Pengurusan DITUNDA
26 Dis 2017
| 26 Dis 2017
29 Dis 2017
MAKLUMAN kepada Kakitangan [email protected] Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat MBJ Pengurusan yang dijadualkan pada 26/12/17 DITUNDA ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Kesulitan amatlah dikesali. Sekian, terima kasih.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Laman Web Jabatan Bil. 1/2016 dan Sesi Final Acceptance Test (FAT) Bagi Laman Web Rasmi Jabatan Perancangan bandar dan Desa Negeri Melaka
13 Apr 2016
| 06 Apr 2016
14 Apr 2016
Mesyuarat akan dijalankan pada 13 April 2016 (Rabu), masa 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri
20 Dis 2017
| 19 Dis 2017
21 Dis 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 4/2017 akan dijalankan pada 20 Disember 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir Seri Negeri Melaka.
Salam Takziah kepada kakitangan [email protected] En. Haris bin Arifin
09 Ogos 2017
| 09 Ogos 2017
11 Ogos 2017
Warga [email protected] mengucapkan salam takziah kepada En. Haris bin Arifin di atas pemergian bonda tercinta. Semoga arwah bonda En. Haris ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Innalillahiwainnalillahirojiun. Al-Fatihah
Program Publisiti & Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035 bermula dari 1/12/2016 - 31/12/2016
01 Dis 2016
| 01 Dis 2016
31 Dis 2016
Program Publisiti & Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Melaka 2035 bermula dari 1/12/2016 - 31/12/2016. Bertempat di:-
°Ruang Legar Wisma Negeri MITC
°Ruang Legar Pejabat Daerah Tanah Alor Gajah
°Ruang Legar Pejabat Daerah Tanah Jasin
°Ruang Legar MBMB
°Ruang Legar MPAG
°Ruang Legar MPJ
°Ruang Legar MPHTJ
Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil.12/2016
22 Dis 2016
| 14 Dis 2016
23 Dis 2016
Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil.12/2016 akan dijalankan pada 22 Disember 2016 (Khamis), masa 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka.
Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)- Bengkel Pengemaskinian dan Verifikasi Data I-Plan Negeri Melaka Bil.1/2016
10 Mei 2016
| 28 Apr 2016
12 Mei 2016
Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)- Bengkel Pengemaskinian dan Verifikasi Data I-Plan Negeri Melaka Bil.1/2016
-Data Jan - Jun 2016
- Data Julai - Disember 2015
Telah dijadual pada 10-11 Mei 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan
Taklimat serta perkongsian pengetahuan berkaitan tatacara penerbangan dan penyelenggaraan Drone oleh JPBD Negeri Selangor
20 Dis 2016
| 14 Dis 2016
21 Dis 2016
Taklimat serta perkongsian pengetahuan berkaitan tatacara penerbangan dan penyelenggaraan Drone oleh JPBD Negeri Selangor
Kajiselidik tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh JPBD Melaka
01 Sep 2016
| 01 Sep 2016
30 Nov 2016
JPBD Melaka sedang melaksanakan kajiselidik tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini. Kajian ini perlu bagi membolehkan segala tindakan penambahbaikan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dapat diberikan dengan telus dan berkesan. Kerjasama pihak tuan/puan untuk menjawab kajiselidik ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Klik link inihttp://www.jpbdmelaka.gov.my/2/survey.php?id=685
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
04 Jul 2017
| 04 Jul 2017
15 Jul 2017
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (2013) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438H pada 14 Julai 2017 (Jumaat) masa 10.30 pagi selepas Mesyuarat Agong Kali Ke-3 KSSK JPBD Melaka bertempat di Ruang Legar, JPBD Melaka.
Jadual Mini Karnival SUKNA di Melaka
06 Jan 2017
| 06 Jan 2017
31 Mac 2017
Berikut adalah jadual Mini Karnival SUKNA di Melaka pd 11 Januari 2017 :-
1) 8.30 pagi - 12.00 tgh - Acara Balapan - UTEM
2) 2.30 ptg - 5.30 ptg - Badminton, B.Tampar,B.Jaring,Karom,Dart - Kompleks Sukan Ayer keroh
3) Pagi - BolaSepak - Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Laman Web Jabatan Bil.2/2016
04 Okt 2016
| 14 Sep 2016
30 Sep 2016
Sukacita dimaklumkan, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Laman Web Jabatan Bil. 2/2016 akan diadakan pada 29 September 2016 (Khamis), 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka. Kehadiran semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik adalah diwajibkan. Sekian, terima kasih.
Klik untuk muat turun minit mesyuarat...
Bengkel Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu I-Plan Negeri Melaka
06 Sep 2016
| 02 Sep 2016
11 Sep 2016
Unit Maklumat Gunatanah Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka akan mengadakan satu Bengkel Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu I-Plan Negeri Melaka pada 6-7 September 2016 bertempat di Pusat Pendidikan Pelancongan (Edu-Ecotourism), Pengurusan Hutan Tropika, Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel ini akan melaksanakan verifikasi Data Julai - Disember 2015 dan pengemaskinian Data Januari - Juan 2016. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka terlibat sama.
Perhimpunan Bulanan Jabatan
20 Jun 2017
| 20 Jun 2017
23 Jun 2017
Perhimpunan Bulanan Jabatan Bulan Jun 2017 akan dijalankan pada 22/6/2017. Semua Warga JPBD dipohon hadir. Terima kasih
Program kecergasan Sukan Sempena Karnival Sukan Nasional JPBD (SUKNA) Ke XVIII 2017
10 Jan 2017
| 10 Jan 2017
12 Jan 2017
Satu aktiviti kecergasan sempena persiapan untuk pemilihan peserta zon selatan di Mini Karnival pada 11 Januari 2017 (Rabu) anjuran KSSK, JPBD Melaka akan diadakan pada 6 Disember 2017 (Jumaat), masa 3.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Taman Botani Ayer Keroh, Melaka.
MESYUARAT RANCANGAN KORPORAT JABATAN BIL.2/2016
16 Ogos 2016
| 16 Ogos 2016
22 Ogos 2016
Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan Bil.2/2016 akan dijalankan pada 19 - 21 Ogos 2016 ini di The Regancy Resort, Kuala Terengganu.
Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2016.
01 Ogos 2016
| 01 Ogos 2016
16 Sep 2016
JPBD Melaka akan turut serta di dalam perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2016 yang akan dijalankan pada 31 Ogos 2016 ini bertempat di Dataran memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka.
SEBUTHARGA BAGI MENAIKTARAF ALAT GANTI UNMANNED AERIAL VEHICLE (UAV) JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI MELAKA
11 Mei 2017
| 11 Mei 2017
01 Jun 2017
Sebutharga Bagi Menaiktaraf Alat Ganti Unmanned Aerial Vehicle (UAV) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka. Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa. Tarikh tutup sebutharga pada 31 Mei 2017 (Rabu) 12.00 Tengahari. Klik untuk maklumat lanjut.
Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya
23 Jun 2016
| 22 Jun 2016
24 Jun 2016
JPA akan menganjurkan program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya pada 23 Jun 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Antara topik yang boleh dibincangkan ialah, Cuti, Peperiksaan, Pengiktirafan, Tatatertib, Elaun, Pencen, HRMIS, Pertukaran, Naik Pangkat, Dasar Perkhidmatan, Transformasi, Perkhidmatan Awam. Layari http://epelanggan.jpa.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Laman Web Baru JPBD Akan Dilancarkan
01 Feb 2016
| 01 Feb 2016
31 Mac 2016
Laman web baru JPBD yang responsif akan dilancarkan oleh Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia pada 20 Februari 2016
Kajian Penguasaan Tahap ICT Kakitangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
| 21 Jun 2016
23 Jul 2016
Dimaklumkan bahawa, Unit Maklumat Gunatanah Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka sedang dalam proses mendapatkan maklumat berkaitan Kajian Penguasaan Tahap ICT Kakitangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka. Sehubungan dengan itu, semua kakitangan DIWAJIBKAN untuk melengkapkan kaji selidik di pautan berikut sebelum 15 Ogos 2016. Kerjasama anda amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
http://www.jpbdmelaka.gov.my/2/survey.php?id=685
Mesyuarat Penyelarasan "City Image Of Alor Gajah"
14 Apr 2016
| 12 Apr 2016
15 Apr 2016
Jabatan dalam proses menghasilkan buku "City Image Of Alor Gajah" pada tahun 2016. Bagi memastikan kelancaran penghasilan buku tersebut, satu mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut akan dijalankan.
Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia XVIII (SUKNA 18)
21 Apr 2017
| 19 Apr 2017
30 Apr 2017
Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia XVIII (SUKNA 18) akan berlangsung pada 21 - 24 April 2017 di Perak
Tawaran Sebutharga Naiktaraf Sistem RDBMS dan Integrasi Sistem SISIP bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
15 Jun 2016
| 15 Jun 2016
01 Sep 2016
Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa. Tarikh tutup sebutharga adalah pada 1 Julai 2016
Taklimat Integriti
16 Dis 2016
| 16 Dis 2016
17 Dis 2016
Satu Taklimat Integriti akan dijalankan pada 16 Disember 2016 (Jumaat), 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Hang Tuah, JPBD Melaka. Kehadiran semua pegawai dan kakitangan di WAJIBKAN hadir.
Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016
26 Mei 2016
| 18 Mei 2016
27 Mei 2016
Seminar Sebaran Dasar Perancangan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2016. Bertempat di Novotel, Melaka. Sila muat-turun borang penyertaan dari laman web ini di pautan http://www.jpbdmelaka.gov.my/2/page.php?id=446. Kehadiran amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.
Peraturan Am dan Teknikal SUKNA Perancangan Bandar dan Desa Malaysia Kali Ke XVIII - 2017
01 Jan 2017
| 01 Jan 2017
30 Apr 2017
Muat Turun :::> Peraturan Am dan Teknikal SUKNA
Perancangan Bandar dan Desa Malaysia Kali Ke XVIII - 2017