Melaka dan George Town telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia yang pertama dan kedua dalam kategori tapak budaya. Ciri-ciri budaya dan alam binaan yang terdapat di Melaka adalah hasil dari sejarahnya yang gemilang di mana Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan kebudayaan sejak 500 tahun yang lampau dan menjadi penghubung kepada kuasa Timur dan Barat.
Penyenaraian Melaka dan George Town berdasarkan kriteria yang digariskan para 77 ‘Operational Guideline for Implementation’ oleh Persidangan Warisan Dunia. (World Heritage Convention) Pencalonan Melaka sebagai ‘Historic Cities Of The Straits of Malacca: Melaka and George Town’ bertepatan dengan Nilai Keunggulan Sejagat dan kriteria-kriteria berikut:-
RANCANGAN KAWASAN KHAS : PELAN PENGURUSAN TAPAK WARISAN DUNIA (TWD) MELAKA
Keperluan RKK Pelan Pengurusan Tapak Warisan Dunia (TWD)
Penyediaan dokumen ini adalah selaras dengan kehendak Jawatankuasa Warisan Dunia pada mesyuarat yang telah diadakan di Seville, Sepanyol. Ia terletak dibawah syarat-syarat am Jawatankuasa Warisan Dunia.
Penyediaan Pelan Pengurusan dan Pemuliharaan yang perlu dijadikan dokumen Statutori adalah melalui peruntukan seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu Pemuliharaan atau amalam Pengurusan melalui Rancangan Kawasan Khas.