Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan satu rancangan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. Penyediaan RKK ini adalah bertujuan untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi, untuk memulihara atau juga untuk tujuan pengurusan sesebuah kawasan.Pindaan terbaru Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 iaitu Akta A 1129 telah memperuntukkan keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dinyatakan di seksyen 16B(1)(2)(3).
Rancangan ini merupakan rancangan terperinci yang bercorak tempatan yang disediakan khusus untuk kawasan yang mempunyai kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).