Soalan Lazim
Umum
Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.
Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "perancangan kegunaan tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar Bandar dengan mengambilkira aspek alam sekitar dan kehendak masyarakat.
Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ianya melalui proses analisis keadaan semasa, kenalpasti isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan tanah.
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan peruntukan undang-undang yang menyeluruh dan lengkap bagi tujuan perancangan bandar dan desa. Akta ini menjelaskan siapa yang berperanan dan bertanggungjawab dalam bidang tugas dan aktiviti-aktiviti perancangan bandar.
#BBD0E0 �Kawasan yang dibangunkan seperti bandar dan desa akan tumbuh dengan tidak terkawal menyebabkan penggunaan tanah yang tidak optimum dan menjurus kepada kepincangan serta konflik fungsi gunatanah. Ini mewujudkan pembangunan yang tidak seimbang dan sebagai akibat wujudlah pelbagai masalah seperti masalah sosial dan alam sekitar.
Rancangan Pembangunan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangkakerja perancangan, menggalakkan pembangunan pihak berkuasa negeri (PBN).
Antara pihak yang terlibat dalam proses penyediaan rancangan pembangunan adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) dibantu oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (JPBD Melaka) serta Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan teknikal lain. Di samping itu, pihak pemaju dan orang awam turut terlibat serta.
Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur (RS) dan rancangan tempatan (RT) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum. Justeru pembangunan yang mampan dapat dicapai.
RFN adalah rancangan reruang ”spatial” negara yang memberi panduan strategik mengenai arah dan corak pembangunan fizikal negara.
No Lot Mukim dan No Syit bagi memudahkan mendapatkan maklumat berkenaan guna tanah bagi lot tersebut.