GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI MELAKA
Mendapat pertimbangan Jawatankuasa Perancang Negeri terhadap Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Melaka hasil gabungan garis panduan-garis panduan yang telah diterbitkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia serta dasar-dasar yang diterimapakai mengikut kesesuaian bagi Negeri Melaka
KRONOLOGI PENYEDIAAN GPPP
Telah mengadakan beberapa sesi bengkel serta perbincangan yang melibatkan semua PBT dan agensi–agensi berkaitan di Negeri Melaka dalam penyediaan Laporan GPP tersebut seperti berikut :
Bengkel Siri 1 :
Sesi taklimat bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor bagi perkongsian pengalaman dalam penghasilan GPP Negeri Selangor;
Bengkel Siri 2 :
Perbincangan kumpulan mengikut subjek-subjek utama bagi membincangkan perincian garis panduan dan piawaian berkaitan.;
Bengkel Siri 3 :
Sesi Semakan Akhir bagi memuktamadkan GPP bersama PBT-PBT Negeri Melaka; dan
Bengkel Siri 4 :
Mesyuarat bagi memuktamadkan Draf Akhir GPP Negeri Melaka bersama PBT-PBT Negeri Melaka dan Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka
Manual ini telah diangkat pertimbangan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Melaka Bil. 1/2016 pada 11 April 2016 untuk diterimapakai di Negeri Melaka dan telah diperakukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka melalui Ringkasan Mesyuarat Bil. 20/2016 bertarikh 15 Jun 2016.
Kandungan utama GPP ini dibahagikan kepada 5 subjek utama dalam sektor pembangunan iaitu Perumahan, Perniagaan, Perindustrian, Kemudahan Masyarakat sertaInfrastruktur dan Utiliti.
BIL | SUBJEK | GARIS PANDUAN YANG DIRUJUK |
---|---|---|
1 | Perumahan |
|
2 | Perniagaan |
|
3 | Perindustrian |
|
4 | Kemudahan Masyarakat |
|
5 | Infrastruktur dan Utiliti |
|