Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) yang bersidang pada 24 Mei 2010 Bil.02/2010 telah memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tanah Tinggi Negeri Melaka. Penubuhan Jawatankuasa ini adalah sebagai pemudah cara bagi mempertimbangkan permohonan-permohonan yang melibatkan pembangunan di kawasan kelas III.
Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTKSAS) :-
- Membuat keputusan/nasihat mengenai had pembangunan yang boleh dilaksanakan
- Menilai pelan susunatur,Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), Pelan kerja tanah, Laporan Penyiasatan Geoteknikal dan Analisis kestabilan cerun, Laporan Saliran dan Pengairan, Laporan Penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) dan lain-lain laporan yang berkaitan permohonan yang melibatkan kawasan berkecerunan kelas III dan IV
- Mengadakan lawatan tapak bagi menilai permohonan
- Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah tinggi kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Negeri
- Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan
- Pelaporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Ekspress dan Jawatankuasa Perancang Negeri setiap bulan atau berdasarkan semasa arahan Jawatankuasa (JTKSAS)
Carta alir permohonan Jawatankuasa Tanah Tinggi
Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada :
Urusetia (Bahagian Projek Khas dan Inovasi)
Jawatankuasa Kawasan Sensitif Alam Sekitar Negeri Melaka ,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,
Aras 5, Wisma Negeri,
75450, Ayer Keroh, Melaka
No. Tel : 06 3333333
No. Faks : 06 2323443