...

TATACARA PEMPROSESAN LAPORAN SIA PERINGKAT NEGERI MELAKA

TATACARA PEMPROSESAN LAPORAN SIA PERINGKAT NEGERI MELAKA

  • Penyediaan Tatacara Pemprosesan Laporan SIA Peringkat Negeri Melaka adalah bagi menyediakan panduan kepada penggerak projek dan perunding SIA dalam penyediaan laporan SIA serta membantu dalam mengurus isu-isu sosial yang terhasil daripada sesuatu projek pembangunan.
  • Rang Undang-undang Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 [Akta A1522]  telah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 20 Oktober 2016 dan 15 Disember 2016. Setelah mendapat Perkenan Diraja pada 9 Januari  2017 ianya diwartakan sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 [Akta A1522] pada 16 Januari 2017.
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Bil.6/2020 yang bersidang pada 10 Jun 2020 telah meluluskan Cadangan Penerimapakaiaan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 (Akta A1522) dan diwartakan pada 1 April 2021 seterusnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri P.15 Bil.:28/2024 yang bersidang pada 9 Oktober 2024 dan disahkan pada 16 Oktober 2024 dimana Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial Projek Pembangunan Negeri Melaka telah diterima pakai dan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024.

PRINSIP DALAM SIA 

  • Kesaksamaan dijadikan sebagai asas pertimbangan dan perancangan pembangunan.
  • Kebanyakan impak sosial dapat dijangkakan dan diurus.
  • Sebarang cadangan pembangunan boleh diubah bagi mengurangkan impak sosial negatif dan meningkatkan impak positif.
  • SIA hendaklah menjadi komponen penting di dalam proses pembangunan dan melibatkan semua peringkat dari peringkat awal sehingga peringkat audit susulan.
  • Perlu ada fokus kepada kemampanan sosial di mana dengan adanya SIA dapat menyumbang kepada penentuan opsyen pembangunan yang optimum.
  • Di dalam cadangan pembangunan dan penilaian yang dilaksanakan, faktor pengukuhan modal insan bagi komuniti setempat dan proses- proses demokrasi perlu dititikberatkan.
  • Bagi sebarang cadangan pembangunan yang mempunyai impak yang tidak dapat dielakkan, langkah bersesuaian perlu dikenal pasti bagi memastikan komuniti terjejas mendapat manfaat.
  • SIA hendaklah mengambil kira alternatif-alternatif bagi cadangan pembangunan, terutamanya pembangunan yang melibatkan impak yang tidak dapat dielakkan.
  • Pertimbangan sepenuhnya hendaklah diberi kepada langkah mitigasi impak sosial dan alam sekitar, walaupun komuniti setempat bersetuju dengan cadangan pembangunan yang telah dirancang.
  • Pengetahuan dan pengalaman serta perbezaan nilai budaya setempat hendaklah diterapkan di dalam penilaian yang dijalankan.
  • Tiada keganasan, gangguan, ugutan dan paksaan di dalam penilaian atau pelaksanaan projek. (The International Principles for Social Impact Assessment, 2015). 
No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
PANDUAN PELAKSAANAAN PPSIA_2025.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 17 Jan 2025
Saiz: 2.58 MB
17 Jan 2025
PDF | 2.58 MB
2
BORANG TUNTUTAN HONORARIUM PANEL PAKAR_2025.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 17 Jan 2025
Saiz: 333.39 KB
17 Jan 2025
PDF | 333.39 KB
3
BORANG PEMPROSESAN SIA NEGERI MELAKA.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 17 Jan 2025
Saiz: 661.39 KB
17 Jan 2025
PDF | 661.39 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy