PLANMalaysia Melaka pada hari ini telah menyatakan sokongan penuh terhadap Program Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Usaha ini bukan sahaja bertujuan memupuk minat membaca, malah secara langsung menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja menerusi pembacaan bahan-bahan yang bersifat ilmiah, teknikal dan motivasi.
Sebagai langkah berterusan untuk memperkukuh budaya ilmu di tempat kerja, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif menjadikan Bilik Hang Kasturi sebagai bilik bacaan bagi warga kerja PLANMalaysia Melaka. Penyediaan ruang yang kondusif ini diharap dapat menggalakkan amalan membaca secara berterusan dan memupuk perkongsian ilmu dalam kalangan staf.