MELAKA, 30 Jun – PLANMalaysia Melaka merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada enam penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka Tahun 2026, sebagai pengiktirafan terhadap prestasi kerja yang cemerlang, komitmen tinggi serta sumbangan mereka dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.
Penerima APC daripada PLANMalaysia Melaka ialah YBrs. TPr Abdulhan bin Abd. Lamit, Pengarah PLANMalaysia Johor yang merupakan mantan Pengarah PLANMalaysia Melaka, Ts. Mohd Fazali bin Ab Aziz, Encik Mohd Fakrul Affendy bin Hamzah, Puan Nur Atiqah binti Rahman, Puan Fadilah binti Abu Bakar dan Encik Muhammad Rezuwan Khamis.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa budaya kerja berprestasi tinggi, profesionalisme dan integriti yang diterapkan dalam organisasi terus menjadi asas kepada kecemerlangan warga PLANMalaysia Melaka dalam melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan dan rakyat.
Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga PLANMalaysia Melaka dalam merealisasikan agenda perancangan bandar dan desa yang mampan, inklusif dan berdaya tahan.
Sekali lagi, sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima. Semoga terus cemerlang, berbakti dengan penuh dedikasi dan menyumbang kepada kecemerlangan PLANMalaysia Melaka serta Perkhidmatan Awam Negeri Melaka.