...

MESYUARAT PANEL PENILAI LAPORAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) NEGERI MELAKA BIL 2/2025

AYER KEROH, 23 April 2025 – PLANMalaysia Melaka hari ini telah mengurussetiakan Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Melaka Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.

Mesyuarat ini diadakan bagi mempertimbangkan keputusan terhadap Laporan SIA yang dibentangkan oleh Peers Consult (M) Sdn. Bhd. selaku Perunding SIA yang melibatkan cadangan projek pembangunan infrastruktur di bawah Kategori B.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah ahli panel pakar yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Rosniza Aznie Che Rose (wakil Panel Akademik), Dr. Mohd Shahwahid bin Hj. Othman (wakil Panel MSIA) dan TPr Ishak Ariffin (wakil Panel MIP). Selain itu, mesyuarat turut disertai oleh wakil-wakil agensi teknikal peringkat negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selaku pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan projek berkenaan.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy