...

MUO DAN KUBUR DIGITAL CURI TUMPUAN ANTARABANGSA, PLANMALAYSIA MELAKA MENONJOL EAROPH 2026

MELAKA, 24 April – Penyertaan PLANMalaysia Melaka dalam 30th EAROPH World Congress 2026 telah mencatatkan impak positif melalui pameran inovasi perancangan bandar yang berlangsung selama tiga (3) hari di Melaka.

Sepanjang tempoh pameran tersebut, PLANMalaysia Melaka telah mengetengahkan pelbagai inisiatif strategik negeri berteraskan pendekatan perancangan bandar mampan dan berasaskan data. Antara tarikan utama ialah Melaka Urban Observatory (MUO), iaitu platform analitik data bandar yang menyokong proses perancangan, pemantauan dan penilaian pembangunan negeri secara lebih sistematik, bersepadu dan berfakta.

Selain itu, jabatan turut memperkenalkan inisiatif Kubur Digital, iaitu pendekatan inovatif dalam pengurusan maklumat tapak perkuburan melalui pendigitalan data. Inisiatif ini membolehkan pengurusan tanah perkuburan dilaksanakan dengan lebih teratur, efisien serta menyokong perancangan guna tanah yang lebih mampan pada masa hadapan.

Reruai pameran PLANMalaysia Melaka telah menerima kunjungan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak termasuk delegasi antarabangsa, agensi perancangan serta pihak berkuasa tempatan. Reruai ini turut menerima kunjungan berprofil tinggi apabila YAB Datuk Seri Fadillah bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia II, berkesempatan meluangkan masa melawat reruai pameran PLANMalaysia Melaka, diikuti oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Kehadiran kedua-dua pemimpin ini amat dihargai dan mencerminkan sokongan padu terhadap usaha serta inisiatif perancangan yang dilaksanakan oleh PLANMalaysia Melaka. Lawatan tersebut memberi makna besar kepada warga jabatan dalam memperkukuh keyakinan terhadap peranan Melaka sebagai peneraju inovasi perancangan bandar berasaskan data dan teknologi.

Sepanjang pameran berlangsung, inisiatif Kubur Digital menerima maklum balas yang sangat positif daripada pengunjung antarabangsa, yang menyifatkan pendekatan tersebut sebagai inovasi praktikal dalam pengurusan tanah perkuburan serta berpotensi untuk dijadikan amalan terbaik dalam perancangan bandar moden.

Selain penyertaan pameran, pegawai-pegawai PLANMalaysia Melaka turut menyertai pelbagai sesi seminar, forum dan pembentangan teknikal sepanjang kongres berlangsung. Penyertaan ini memberi ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran idea serta pendedahan kepada amalan terbaik antarabangsa selaras dengan tema kongres “City Assets for Community Gains”.

Penyertaan aktif ini mencerminkan komitmen berterusan PLANMalaysia Melaka dalam memperkukuh agenda perancangan bandar yang progresif, berinovasi dan mampan, di samping mengukuhkan kedudukan Negeri Melaka sebagai rujukan dalam pelaksanaan inisiatif perancangan bandar berasaskan data dan teknologi di peringkat antarabangsa.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy