AYER KEROH, 23 Januari - PLANMalaysia Melaka selesai menjalani sesi Audit Surveillance 1 - MS ISO 9001:2015 (QMS) dan MS ISO 37001:2016 (ABMS).
Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit ini telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka. Proses Audit yang telah berlangsung selama dua hari bermula 22-23 Januari 2025 ini dijalankan oleh Pasukan Audit Ts. Nur Asma binti Abdul Wahab, En. Mohd Mauududi bin Muhammad Noor dan En. Khairul Azmi bin Pumijan dari SIRIM QAS International Sdn Bhd.
Secara keseluruhan, PLANMalaysia Melaka telah mematuhi standard dan piawaian di dalam amalan kerja seharian selaras dengan sistem pengurusan kualiti jabatan.