...

PROGRAM PEMBANGUNAN DATA GEOSPATIAL BAGI MAKLUMAT TANAH RIZAB JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM) BERSAMA PLANMALAYSIA MELAKA

KUANTAN, 11–13 April – PLANMalaysia Melaka telah dijemput oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk berkongsi kepakaran dalam Program Pembangunan Data Geospatial bagi Maklumat Tanah Rizab milik JAIM. Program selama tiga hari dua malam ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat @ Limat, Pengarah JAIM.

Pasukan PLANMalaysia Melaka yang diketuai oleh Puan Marzaedah binti Mat Jin, bersama tiga orang wakil daripada Bahagian Geospatial Melaka, telah berkongsi panduan teknikal (tech-in) secara praktikal kepada kakitangan JAIM berkaitan tatacara pembangunan data geospatial. Diharapkan perkongsian ini dapat memperkukuh pengurusan dan pemantauan tanah rizab JAIM secara lebih efisien, sistematik dan bersepadu.

PLANMalaysia Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada JAIM di atas jemputan ini. Dalam pada itu, Jabatan ini sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana pihak pada masa hadapan, khususnya dalam bidang perancangan bandar dan wilayah.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy