Masuk sahaja waktu Maghrib pada hari ini, 6 Mac 2026, maka bermulalah Malam Nuzul Al-Quran, iaitu malam memperingati peristiwa agung penurunan Al-Quran sebagai petunjuk dan cahaya kepada seluruh umat manusia.
Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa Al-Quran merupakan pedoman hidup yang membimbing manusia ke arah kebenaran, rahmat dan keberkatan. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk membaca, memahami serta mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Doa Malam Nuzul Al-Quran
Ya Allah,
pada malam Engkau turunkan Al-Quran sebagai cahaya untuk manusia,
jadikanlah Al-Quran penyejuk hati kami,
cahaya dalam dada kami,
dan petunjuk dalam hidup kami.
Ampuni dosa kami,
ampuni dosa kedua ibu bapa kami,
dan lembutkan hati kami untuk mencintai Al-Quran.
Jangan Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri hidayah,
dan jadikan kami daripada kalangan ahli Al-Quran
yang membaca, memahami dan mengamalkannya.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Salam Nuzul Al-Quran 1447H.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
(PLANMalaysia Melaka)
Aras 5, Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450 Ayer Keroh,
Melaka