TAHNIAH DAN SYABAS PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PLANMALAYSIA SEMPENA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN 2025
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Encik Mursidin bin Ismail, Timbalan Pengarah (Perancangan), PLANMalaysia Melaka atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2025.
Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan terhadap komitmen, kepimpinan dan dedikasi beliau dalam memperkukuhkan agenda perancangan bandar dan desa Negeri Melaka serta memacu kecemerlangan organisasi secara berterusan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja PLANMalaysia Melaka untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, berintegriti dan cemerlang demi pembangunan negeri yang mampan dan sejahtera.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka
(PLANMalaysia Melaka)
Aras 5, Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya, M.I.T.C,
75450 Ayer Keroh,
Melaka