AYER KEROH, 1 Julai – Pengarah baharu PLANMalaysia Melaka, TPr Sulaiman bin Mohammad, hari ini secara rasmi memulakan tugas sebagai Pengarah PLANMalaysia Melaka berkuat kuasa 1 Julai 2026.
Bersempena dengan hari pertama memulakan tugas, beliau telah melapor diri bertugas di Negeri Melaka kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Azhar bin Arshad. Sesi tersebut menandakan permulaan rasmi beliau dalam menerajui PLANMalaysia Melaka serta memperkukuh hubungan antara jabatan dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan komitmen PLANMalaysia Melaka untuk terus memperkukuh agenda perancangan bandar dan desa yang mampan, berdaya tahan, inklusif dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka dalam merealisasikan pembangunan yang terancang, berkualiti dan sejahtera.
Pelantikan TPr Sulaiman bin Mohammad diharap dapat meneruskan kecemerlangan PLANMalaysia Melaka dalam memperkasa sistem perancangan fizikal, memperkukuh tadbir urus perancangan serta memacu pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan yang memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka.
PLANMalaysia Melaka merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada TPr Sulaiman bin Mohammad. Semoga kepimpinan beliau akan terus membawa aspirasi baharu, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memacu organisasi ke arah pencapaian yang lebih gemilang dalam memperkasakan perancangan bandar dan desa di Negeri Melaka.