Bermula daripada penghijarahan pelbagai kaum dan masyarakat ke daerah ini, Alor Gajah sebahagian besarnya diliputi hutan belukar yang rata telah mula diterokai untuk dijadikan sebuah kawasan penempatan yang baharu. Pentadbiran, aktiviti sosio ekonomi penyediaan kemudahan seperti kesihatan, keagamaan, pendidikan dan keselamtan yang dijalankan menjadi faktor perkembangan pekan ini.
Penulisan buku ini juga telah diolah semula berdasarkan kajian lisan yang dibuat, iaitu temu bual bersama masyarakat setempat. Seterusnya beberapa bahagian lain berdasarkan tinjauan semasa di lokasi yang disokong oleh rujukan ilmiah dan sumber-sumber lain yang berkaitan.
Berbekalkan khazanah alam semulajadi, Alor Gajah juga menawarkan destinasi pelancongan menarik untuk setiap pengujung. Oleh yang demikian, penerbitan buku ini secara tidak langsung merupakan usaha merekod penceritaan lalu.
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Coffee Table Alor Gajah
|
19 Dec 2022 PDF | 25.60 MB |
|