Fungsi
Sektor GIS
- Menyelenggara pangkalan data spatial Jabatan dalam Bank Data Spatial (BDS) JPBDM
- Membangunkan data spatial perancangan mengikut spesifikasi produk geospatial kebangsaan dan JPBD Semenanjung Malaysia berdasarkan keperluan dan kehendak jabatan
- Menyediakan Laporan Tahunan Gunatanah Negeri
- Menyedia dan membekal Maklumat Asas Perancangan (Kategori Tidak Terperingkat) mengikut Area Of Interest (AOI) yang diperlukan oleh pelanggan
- Mengurus dan menyelaras perkongsian data intra dan inter jabatan di Peringkat Negeri dan Persekutuan melalui Kumpulan Kerja Data Geospatial Negeri Melaka
- Menyelenggara pangkalan data aplikasi Geoportal Perancangan JPBDM agar sentiasa dikemaskini dan terkini
- Memproses permohonan pengguna Aplikasi Geoportal Perancangan JPBDM
- Menyediakan latihan kepakaran dalam penggunaan teknologi GIS dalam aspek perisisan dan aplikasi.
Sektor ICT
- Menyediakan keperluan infrastuktur ICT dari aspek perkakasan, perisian, sistem rangkaian bagi keperluan operasi Jabatan
- Menyelenggara infrastruktur ICT dan aplikasi sediada Jabatan supaya beroperasi pada tahap yang optimum
- Menyelenggara Laman Web Rasmi JPBDM selaras keperluan Dasar ICT Negeri dan MDEC
- Membuat pemantauan pelaksanaan Pelan Strategik ISP ICT JPBDM
- Mengurusetia Jawatankuasa Teknikal Teknologi Maklumat Jabatan dan Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat Jabatan
- Menjalankan latihan berkaitan ICT bagi kakitangan Jabatan